CARA PENGAMBILAN UBAT MELALUI SMS & PANGGILAN TELEFON
CARA 1 : MELALUI SMS
Taipkan :
Nama Penuh > No Kad Pengenalan > Tarikh preskripsi > Tarikh ubat hendak diambil > No dafatr SMS
Hantarkan SMS ke 017-6516877
CARA 2 : MELALUI PANGGILAN TELEFON
Telefon 07-9433333 sambungan 120 & berikan maklumat berikut :
1. Nama Penuh
2. No Kad Pengenalan
3. Tarikh Preskripsi
4. Tarikh ubat hendak diambil
5. Nombor daftar SMS
Peringatan :
Masa panggilan adalah : 2.30 Petang - 4.30 Petang (Hari bekerja sahaja)
PASTIKAN :
Anda telah mendaftarkan diri sebagai pengguna 'SMS dan Ambil' di Kaunter Farmasi Pesakit Luar.
SMS atau membuat panggilan telefon SELEWAT-LEWATNYA 2 HARI sebelum tarikh ubat hendak diambil.
Pastikan Nama, No Kad Pengenalan dan Tarikh Preskripsi yang diberikanTEPAT berdafarkan preskripsi.
Pastikan anda membawa PRESKRIPSI ASAL apabila mengambil ubat di Kaunter Farmasi Pesakit Luar.
Bekalan ubat diambil pada TARIKH YANG DIJANJIKAN. Sekiranya ubat tidak diambil pada hari yang dijanjikan sila sms tarikh baru untuk mengambil ubat.
KELEBIHAN :
Mudah kerana anda hanya perlu SMS atau telefon dan memberikan maklumat ringkas sahaja. Tidak perlu memberikan senarai ubat dalam preskripsi anda.
Cepat kerana perkhidmatan ini dapat mengurangkan masa menunggu.
Anda pasti menjimatkan masa dan tenaga anda.