Category: Pembangunan Aqidah

  • Air Jampi

    SoalanSyarikat tertentu telah mempromosikan air yang ditulis ayat al-Quran padanya, atau kismis yang dijampi. Sehingga didakwa sesiapa yang meminumnya akan menjadi cerdik seperti ulamak silam. Apakah pandangan DR MAZA tentang hal ini?

    Jawapan: Dalam hadis ada beberapa orang sahabah yang didoakan oleh Nabi s.a.w. agar diberikan ilmu dan kepandaian. Antaranya tokoh sahabah yang masih muda Ibn ‘Abbas r.a.huma yang baginda doakan untuknya :

    اللَّهُمَّ عَلِّمْهُ الْكِتَابَ

    Maksudnya: “Ya Allah! Ajarkanlah dia al-Kitab (al-Quran).(Riwayat al-Bukhari).

    Ibn ‘Abbas benar-benar muncul sebagai tokoh ilmu pengetahuan, penafsir al-Quran dan sahabi yang alim yang menjadi rujukan umat. Namun Ibn ‘Abbas bukanlah seorang yang hanya menunggu hasilnya doa baginda datang bergolek seperti mana sesetengah pihak menunggu kesan bahan jampi. Sebaliknya sejarah mencatatkan kesungguhan beliau dalam berusaha memperolehi ilmu. Selain daripada berkesempatan mengambil ilmu secara langsung daripada baginda s.a.w selama tiga puluh bulan. Kemudian baginda wafat ketika umur Ibn ‘Abbas tiga belas tahun. Beliau terus mengambil hadith daripada para sahabah seperti ‘Umar ibn Khattab, ‘Ali, Mu’az, bapanya sendiri iaitu ‘Abbas, ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf, dan ramai yang lain. (lihat: al-Zahabi, Siyar ‘Alam al-Nubala`, 3/332-337, Beirut: Maktabah al-Risalah).

    Maksudnya, doa Nabi s.a.w. memang dimakbulkan Allah melalui proses keilmuan yang sepatutnya. Sebaliknya, keadaan sesetengah masyarakat muslim seakan cuba digula-gula dengan meminum atau memakan bahan jampi orang agama, maka akan berlaku keajaiban dalam kehidupan. Sepatutnya yang ditekankan adalah soal kesungguhan menuntut ilmu seperti yang difardukan oleh Islam.

    Malangnya dalam masyarakat muslim, kesungguhan membaca, memilki buku, memenuhi perpustakaan, menulis bahan ilmiah tidak digembar-gemburkan, bahkan ‘orang lain’ mendahului kita. Tiba-tiba jampi menjadi cerdik pula yang mendapat publisiti dan dijual secara komersial.

    Tidakkah kita merendahkan Islam apabila orang bukan Islam melihat anak orang kita yang minum air jampi ‘ustaz’ tidak lebih cemerlang atau jauh ketinggalan dibandingkan anak ‘orang lain’ yang berbekalkan air mineral?. Janganlah kita lelongkan agama kerana bisnes kita.

    Allah Lebih Mengetahui
    Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

  • Mesej Berantai Khurafat

    Assalamualaikum..

    Baru2 ini saya mendapat sms dari sahabat yg berbunyi spt berikut:
    – “ALLAH AKU CINTAI KAU DAN AKU PERLUKAN KAU…DATANGLAH KE HATIKU…”” KIRIM PADA 10 ORANG DAN LIHAT KEAJAIBAN MALAM INI, TOLONG JANGAN DELETE. IA BENAR2 TERJADI. INI SMS DARI IBU ALI SAID-JURU KUNCI SAYYIDA MAKKAH YANG BERMIMPI BERTEMU RASULULLAH SAW. BELIAU BERPESAN: KUATKAN AQIDAH DALAM IBADAH KERANA DUNIA INI SUDAH GOYAH DAN TUA. SEBARKAN SMS INI KE 10 MUSLIM INSYALLAH DLM WAKTU 10 HARI AKANDAPAT REZEKI BESAR DAN JIKA TIDAK DISEBAR TUNGGULAH KESULITAN YANG TIADA HENti”

    Minta panel ustaz hurai apa hukum hantar sms seperti ini.

    Terima kasih

    jawapan:

    بسم الله والصلاة والسلام على رسول الله، وبعد

    perkara seperti ini dikenali sebagai surat berantai, sebelum orang menggunakan sms mereka menggunakan surat, lalu disuruh fotostat kepada 10 orang, jika dilakukan akan mendapat manfaat, jika tidak lakukan akan berlaku sesuatu mudarat kepada tuannya.

    Perkara seperti ini Khurafat bahkan boleh membawa kepada syirik kepada Allah s.w.t. Oleh kerana ianya rekaan manusia maka terdapat perbezaan pada isi kandungan surat ini, cumanya yang sama ialah sebarkan kepada 10 orang ….

    surat seperti ini seolah-olah orang yang menyebarkannya mengetahui benda yang ghaib, maka ini merupakan kesesatan yang nyata.

    maka penghantaran sms seperti ini HARAM kerana sebab-sebab yang telah dinyatakan. sesungguhnya perbuatan menggalakkan orang untuk melakukan kebaikan merupakan perkara yang disuruh oleh Agama, tetapi hendaklah caranya juga betul dan tidak bercanggah dengan syariat.

    Wallahu’alam

  • Khadam Ayat?

    SalamSalam

    Sy ada 2 soalan, harap panel feqh dpt menjawabnya berdasarkan dalil al-Quran atau/dan hadis sahih. Sy keliru mengenai perkara ini,harap dpt penjelasan dari soalan ini. Syukran..

    1. Benarkah boleh memanggil khadam ayat keluar dari al-Quran? Adakah dalil al-Quran atau hadis sahih mengenai perkara ini?

    2. Benarkah khadam ayat itu wujud? Ada yg mengatakan khadam ayat ini bukan malaikat, manusia yg telah meninggal atau jin tetapi ia adalah makhluk khusus yg menjaga ayat dipanggil khadam ayat.Bukankah khadam ayat al-Quran itu adalah malaikat?

    jawapan:

    Bismillahi wal hamdulillahi

    Sepanjang pengetahuan dan pencarian kami , tidak ada dalil yang mengatakan bahawa setiap ayat dan surah dalam al-Quran itu mempunyai “khadam” yang boleh dipanggil-panggil dan diperintahkan untuk melakukan sesuatu.

    Apa yang jelas , jika pun perbuatan tersebut benar-benar berlaku dan terjadi , ianya adalah satu bentuk pengeliruan yang dilakukan oleh golongan tertentu untuk mengaburi mata kita agar mempercayai bahawa bentuk perubatan yang dilakukan adalah menepati sunnah dan mengikut landasan syarak…Kemungkinan khadam yang dimaksudkan itu adalah jin atau syaitan yang memang bertungkus lumus untuk menyesatkan umat manusia….Allahu A’alam…

    Kita wajib memohon perlindungan dan pertolongan daripada Allah swt secara terus tanpa perantaraan dari kalangan khadam atau jin dan sebagainya….