Medical Social Work

Secara amnya, Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan menangani pelbagai isu biopsikososial yang melibatkan pendekatan multi-disiplin dalam mencapai objektif total patient care.
Perkhidmatan ini adalah untuk memberi bantuan psikososial kepada pesakit semasa proses rawatan, pemulihan dan pencegahan.
Selain itu, membantu memulihkan kefungsian sosial agar pesakit menjadi lebih produktif, berdikari dan kembali kepada komuniti selaras dengan batas keupayaan mereka.
Visi
Memastikan keperluan psikososial pesakit, keluarga dan komuniti dipenuhi bagi mencapai kesihatan yang lebih baik.
Misi
Memberi khidmat psikososial yang cemerlang melalui bantuan praktik dan terapi sokongan.
Piagam Pelanggan
1) 98% masa tindakbalas awal rujukan pesakit bagi Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP) adalah dalam tempoh dua (2) hari bekerja.
[KPI 1 – Standard Key Performance Indicator 1]
2) 85% kes dirujuk ke agensi rujukan dalam tempoh lima (5) hari bekerja setelah intervensi sosial selesai.
[KPI 2 – Standard Key Performance Indicator 2]
Fungsi Perkhidmatan yang disediakan
Pengurusan Bantuan Praktik
- Bantuan kewangan (alat perubatan / ubat-ubatan / rawatan)
- Penempatan institusi
- Mengesan waris
Agensi-agensi pemberi bantuan adalah seperti:
- Tunku Laksamana Johor Cancer Foundation (TLJCF)
- Majlis Kanser Nasional (MAKNA)
- Tabung Bantuan Perubatan (TBP), KKM
- Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
- Majlis Agama Islam Negeri Johor
- PeKa B40
- NGO dan syarikat swasta
Pengurusan Bantuan Terapi Sokongan:
- Khidmat Perundingan
- Sokongan Emosi
- Intervensi Krisis
Contoh kes adalah seperti::
- Penderaan dan Pengabaian Kanak-Kanak
- Ibu Tanpa Nikah
- Keganasan Rumahtangga
- Jenayah seksual
- Pesakit akut dan kronik
- Orang Kurang Upaya (OKU)
- HIV Positif / Aids / Ketagihan dadah / alkohol
Warga Kerja Jabatan Kerja Sosial Perubatan
Pn. Noratikah binti Mohd Seri
Ketua Jabatan
Jabatan Kerja Sosial Perubatan S12
Pn. Suzeyante binti Samsudin
Pegawai Kerja Sosial Perubatan S10
Pn. Uifah binti Zainal
Pegawai Kerja Sosial Perubatan S9
Pn. Noor Amirah binti Mohd Salleh
Pegawai Kerja Sosial Perubatan S9
Cik Kartina binti Kamis
Pembantu Operasi N1
CIK Izzati Izuni binti Mohammad Idris
Pembantu Perawatan Kesihatan U1
Statistik Rujukan Kes Diterima

Program Sukarelawan
Waktu Operasi Jabatan
| Hari | Masa (Sesi Pagi) | Rehat | Masa (Sesi Petang) |
|---|---|---|---|
| Isnin – Khamis | 7:30 – 1:00 petang | 1:00 – 2:00 petang | 2:00 – 5:00 petang |
| Jumaat | 7:30 – 12:15 tengahari | 12:15 – 2:45 petang | 2:45 – 5:00 petang |
| Sabtu – Ahad | Tutup | ||
Alamat Kami…
Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP)
Aras 2, Hospital Sultan Ismail
Jalan Persiaran Mutiara Emas Utama
Taman Mount Austin
81100 Johor Bahru
Johor Darul Takzim
No. Telefon: 07-3565000 samb. 2306 / 2305 / 2302 / 2404
Emel: jksphsijb@gmail.com






