{"id":4251,"date":"2018-03-29T15:22:00","date_gmt":"2018-03-29T07:22:00","guid":{"rendered":"http:\/\/jknjohor.moh.gov.my\/hsi\/?p=4251"},"modified":"2018-03-29T15:33:46","modified_gmt":"2018-03-29T07:33:46","slug":"perkhidmatan-medication-therapy-adherence-clinic-mtac-5","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jknjohor.moh.gov.my\/hsi\/perkhidmatan-medication-therapy-adherence-clinic-mtac-5\/","title":{"rendered":"Perkhidmatan Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC)"},"content":{"rendered":"<p><strong>Pengenalan<\/strong><\/p>\n<p>Medication Therapy Adherence Clinic atau MTAC ialah perkhidmatan penjagaan ambulatori yang tawarkan oleh pegawai farmasi terlatih kepada pesakit di hospital ataupun klinik kesihatan.<\/p>\n<p><strong>Objektif utama perkhidmatan ini diwujudkan ialah untuk:<\/strong><br \/>\n\u2022 Meningkatkan pemahaman pesakit terhadap ubat-ubatan yang diambil<br \/>\n\u2022 Meningkatkan kepatuhan pesakit terhadap pengambilan ubat<\/p>\n<p><strong>Jenis-jenis Perkhidmatan MTAC<\/strong><br \/>\nPerkhidmatan MTAC ditawarkan kepada pesakit sekiranya pesakit memerlukan penerangan dan panduan lebih terperinci berkaitan pengambilan ubat-ubatan agar penyakit dapat dikawal dan mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Hanya pesakit yang memenuhi kriteria tertentu akan di rekrut mengikut jenis MTAC yang bersesuaian.<\/p>\n<p>Sehingga Disember 2013, terdapat 13 jenis MTAC yang telah diiktiraf di peringkat Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia dan di tawarkan kepada pesakit di fasiliti KKM. 13 jenis MTAC tersebut adalah diabetes mellitus, respiratori, warfarin, hemofilia, strok, rheumatoid arthritis, psoriasis, psikiatri, geriatrik, penyakit retroviral, transplan renal, chronic kidney disease dan dialisis.<\/p>\n<p>Aktiviti yang dijalankan didalam perkhidmatan MTAC merangkumi sesi pertama (pesakit direkrut) dan beberapa sesi susulan. Umumnya, pesakit perlu mengikuti sekurang-kurangnya 4 sesi MTAC untuk memastikan keberkesanan perkhidmatan ini.<\/p>\n<p>Pesakit akan diberi kaunseling dan khidmat nasihat berdasarkan modul-modul tertentu yang telah ditetapkan mengikut jenis MTAC dan disesuaikan mengikut keperluan setiap pesakit.<\/p>\n<p><strong>Bagaimana Perkhidmatan MTAC dijalankan?<\/strong><\/p>\n<p><strong>Sesi pertama:<\/strong><\/p>\n<p>\u2022 Pegawai farmasi akan menemubual pesakit tentang sejarah penyakit dan sejarah pengubatan pesakit.<br \/>\n\u2022 Pengetahuan umum pesakit tentang penyakit dan ubat-ubatan juga akan dinilai. Ini adalah penting bagi membolehkan pegawai farmasi mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pesakit dan komponen yang perlu diberi perhatian semasa sesi MTAC seterusnya.<\/p>\n<p><strong>Sesi kedua dan seterusnya:<\/strong><\/p>\n<p>\u2022 Memberi penerangan umum mengenai penyakit yang dihadapi, penerangan terperinci berkaitan ubat-ubatan yang dipreskrib, kepentingan mematuhi pengambilan ubatan untuk mengawal penyakit serta perkara-perkara lain yang boleh dilakukan dan diamalkan untuk mengawal penyakit.<\/p>\n<p>\u2022 Perbincangan berkaitan keputusan ujian makmal dan sasaran yang perlu dicapai.<\/p>\n<p>\u2022 Pesakit juga akan dibantu tentang kaedah-kaedah yang sesuai untuk memudahkan mereka mengambil ubat-ubatan yang telah dipreskrib. Perkara ini juga merupakan salah satu elemen penting dalam memastikan ubat diambil secara berterusan.<\/p>\n<p>\u2022 Masalah berkaitan ubat-ubatan yang dihadapi oleh pesakit juga akan dikenalpasti; contohnya, kesan sampingan ubat-ubatan atau ketidaksesuaian ubat. Setelah masalah dikenalpasti, pegawai farmasi akan berbincang dengan doktor bagi menyelesaikan masalah tersebut. Ini membolehkan tindakan yang sewajarnya diambil (contohnya seperti pengubahsuaian dos ubat, pertukaran jenis ubat dan sebagainya) untuk mengelakkan masalah itu berlarutan.<\/p>\n<p><strong>Bagaimana untuk mendapatkan perkhidmatan ini?<\/strong><br \/>\nUntuk makluman, perkhidmatan ini diberikan tanpa sebarang bayaran tambahan. Hampir kesemua klinik kesihatan dan hospital di dalam Kementerian Kesihatan Malaysia ada menawarkan perkhidmatan MTAC diabetes mellitus.<\/p>\n<p>Manakala bagi MTAC lain, ia akan ditawarkan di sesebuah fasiliti berdasarkan keperluan dan disiplin kepakaran di fasiliti berkenaan. Pesakit perlu berhubung dengan pegawai farmasi di fasiliti tersebut untuk mengetahui tentang perkhidmatan MTAC yang ditawarkan.<\/p>\n<p>Setiap MTAC mempunyai kriteria pemilihan pesakit yang tertentu. Contohnya, kriteria pesakit bagi MTAC Diabetes adalah:<\/p>\n<p>\u2022 Pesakit yang mempunyai bacaan HbA1c melebihi 8%<br \/>\n\u2022 Pesakit yang mempunyai masalah kepatuhan kepada pengubatan<br \/>\n\u2022 Pesakit yang mempunyai masalah dengan ubat-ubatan<br \/>\n\u2022 Pesakit yang mengalami banyak komplikasi penyakit<br \/>\nDoktor atau anggota kesihatan lain boleh merujuk pesakit ke perkhidmatan MTAC berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<figure id=\"attachment_4223\" aria-describedby=\"caption-attachment-4223\" style=\"width: 263px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"size-full wp-image-4223\" src=\"http:\/\/jknjohor.moh.gov.my\/hsi\/wp-content\/uploads\/2018\/03\/mtac.png\" alt=\"Pegawai Farmasi sedang memberi kaunseling semasa MTAC respiratori kepada pesakit\" width=\"263\" height=\"175\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-4223\" class=\"wp-caption-text\"><em>Pegawai Farmasi sedang memberi kaunseling semasa MTAC respiratori kepada pesakit<\/em><\/figcaption><\/figure>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Hospital Sultan ismail ada menawarkan beberapa Perkhidmatan MTAC seperti:<\/p>\n<ul>\n<li>Diabetes Mellitus<\/li>\n<li>Warfarin<\/li>\n<li>Respiratori<\/li>\n<li>Penyakit retroviral<\/li>\n<li>Psoriasis<\/li>\n<\/ul>\n<p>Diharap informasi tentang MTAC ini memberi input yang berguna kepada anda semua \ud83d\ude42<\/p>\n<p>Kami Sedia Membantu,<\/p>\n<p>Sekian, Terima Kasih.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pengenalan Medication Therapy Adherence Clinic atau MTAC ialah perkhidmatan penjagaan ambulatori yang tawarkan oleh pegawai farmasi terlatih kepada pesakit di hospital ataupun klinik kesihatan. Objektif utama perkhidmatan ini diwujudkan ialah untuk: \u2022 Meningkatkan pemahaman pesakit terhadap ubat-ubatan yang diambil \u2022 Meningkatkan kepatuhan pesakit terhadap pengambilan ubat Jenis-jenis Perkhidmatan MTAC Perkhidmatan MTAC ditawarkan kepada pesakit sekiranya [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":8,"featured_media":4233,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[6],"tags":[],"class_list":["post-4251","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-wordpress"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jknjohor.moh.gov.my\/hsi\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4251","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jknjohor.moh.gov.my\/hsi\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jknjohor.moh.gov.my\/hsi\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jknjohor.moh.gov.my\/hsi\/wp-json\/wp\/v2\/users\/8"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jknjohor.moh.gov.my\/hsi\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4251"}],"version-history":[{"count":8,"href":"https:\/\/jknjohor.moh.gov.my\/hsi\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4251\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4259,"href":"https:\/\/jknjohor.moh.gov.my\/hsi\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4251\/revisions\/4259"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jknjohor.moh.gov.my\/hsi\/wp-json\/wp\/v2\/media\/4233"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jknjohor.moh.gov.my\/hsi\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4251"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jknjohor.moh.gov.my\/hsi\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4251"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jknjohor.moh.gov.my\/hsi\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4251"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}