{"id":914,"date":"2016-05-19T11:20:04","date_gmt":"2016-05-19T03:20:04","guid":{"rendered":"http:\/\/jknjohor.moh.gov.my\/hsi\/?p=914"},"modified":"2023-06-04T23:03:07","modified_gmt":"2023-06-04T15:03:07","slug":"pemakanan-sihat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/jknjohor.moh.gov.my\/hsi\/pemakanan-sihat\/","title":{"rendered":"Pemakanan Sihat"},"content":{"rendered":"<h1 class=\"headline\">Tips Pemakanan Sihat<\/h1>\n<div class=\"byline small\"><span class=\"post_author_intro\">by<\/span> <span class=\"post_author\">Cahaya Purnama<\/span><\/div>\n<div class=\"post_content\">\n<p><!-- Quick Adsense WordPress Plugin: http:\/\/quicksense.net\/ --><\/p>\n<div>\n<p><!-- Zone Tag : Cahaya Purnama mobile 320x50 --><strong><br \/>\n<\/strong><\/p>\n<\/div>\n<p><a href=\"http:\/\/cahayapurnama.com\/tips-pemakanan-sihat\/pemakanan-sihat\/\" rel=\"attachment wp-att-3837\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-full wp-image-3837\" src=\"http:\/\/cahayapurnama.com\/wp-content\/uploads\/2014\/06\/Pemakanan-Sihat.jpg\" sizes=\"auto, (max-width: 422px) 100vw, 422px\" srcset=\"http:\/\/cahayapurnama.com\/wp-content\/uploads\/2014\/06\/Pemakanan-Sihat.jpg 422w, http:\/\/cahayapurnama.com\/wp-content\/uploads\/2014\/06\/Pemakanan-Sihat-400x269.jpg 400w\" alt=\"Pemakanan Sihat\" width=\"422\" height=\"284\" \/><\/a><\/p>\n<p>Ramai orang sibuk bekerja 24jam sehari tanpa henti demi mengejar kejayaan dan kekayaan di dunia. Tanpa\u00a0menghiraukan gaya kehidupan yang seimbang, seseorang itu mungkin akan mengalami pelbagai rintangan\u00a0kehidupan seperti gangguan emosi, kecelaruan perhubungan diri dan keluarga, serta masalah kesihatan tubuh\u00a0badan.<span id=\"more-3836\"><\/span> Hari ini saya akan berkongsi ilmu dengan anda tentang bagaimana menjaga kesihatan tubuh badan\u00a0melalui pemakanan yang sihat.<\/p>\n<p>Tahukah anda bahawa salah satu tip gaya kehidupan seorang jutawan adalah mengamalkan pemakanan yang\u00a0sihat. Para jutawan mengetahui satu rahsia yang jarang diketahui oleh orang ramai iaitu \u201ckesihatan merupakan\u00a0salah satu kekayaan kepada kehidupan seorang jutawan.\u201d<\/p>\n<p>Tanpa memiliki kesihatan yang maksima, seseorang itu akan mengalami satu keadaan yang dipanggil <strong>\u201csituasi\u00a0kerugian\u201d<\/strong>.<\/p>\n<p><strong>Antara situasi kerugian yang akan dihadapi oleh anda ialah:<\/strong><\/p>\n<p><strong>Rugi 1<\/strong> : Dengan tubuh badan yang kurang sihat, anda tidak akan dapat bekerja dengan prestasi yang bagus.<\/p>\n<p><strong>Rugi 2 :<\/strong> Kadang kala jika anda betul-betul tidak sihat, anda langsung tidak dapat bekerja.<\/p>\n<p><strong>Rugi 3 :<\/strong> Bila badan tidak sihat, kemampuan minda untuk menghasilkan idea-idea yang bernas akan mula\u00a0merudum. Minda menjadi letih!<\/p>\n<p><strong>Rugi 4 :<\/strong> Proses membuat keputusan dalam sesuatu perkara mula menjadi tidak menentu akibat dari keletihan\u00a0minda. Jika salah membuat keputusan, anda akan menghadapi masalah besar di masa hadapan kelak.<\/p>\n<p><strong>Rugi 5 :<\/strong> Pengembangan dalam prestasi kerja dan perniagaan terpaksa dihentikan seketika akibat anda tidak\u00a0sihat. Anda akan rugi.<\/p>\n<p>Bagaimana? Masih ingin mengabaikan kesihatan tubuh badan? Jangan risau, selagi anda menghargai tubuh\u00a0badan serta memahami bagaimana untuk membelainya, anda akan OK!<\/p>\n<p>Pemakanan atau diet seimbang merupakan perkara\u00a0utama di dalam penjagaan kesihatan tubuh badan\u00a0anda. Demi mencapai diet seimbang seseorang itu\u00a0perlu menjaga pengambilan makanan yang berkalori\u00a0setiap hari.<\/p>\n<p>Secara purata, kaum lelaki memerlukan dalam\u00a0lingkungan 2500 kalori sehari, manakala bagi kaum\u00a0wanita pula dalam lingkungan 2000 kalori sehari.\u00a0Pengambilan kalori yang berlebihan dalam sehari\u00a0boleh membawa kepada pertambahan berat badan\u00a0serta menjejaskan tahap kesihatan badan.<\/p>\n<p>Nutrien yang mencukupi juga memainkan peranan\u00a0yang penting di sini. Anda digalakkan untuk\u00a0memakan makananan dari pelbagai sumber\u00a0semulajadi yang memberi nutrien berlainan yang\u00a0diperlukan oleh tubuh badan.<\/p>\n<p>Bagi mendapat diet yang seimbang, saya akan\u00a0kongsikan 7 tip-tip mudah yang dapat dipratik serta\u00a0merta dalam pemilihan makanan anda kelak.<\/p>\n<h3>1. Makanan Berkanji<\/h3>\n<p>Kelebihan makanan berkanji ialah mempunyai\u00a0serat yang tinggi dan boleh membuat anda berasa\u00a0kenyang dengan lebih lama. Anda tidak perlu\u00a0mengambil makanan berkanji dalam jumlah yang\u00a0banyak, cukup sekadar satu pertiga (1\/3) daripada\u00a0pemakanan harian anda. Makanan berkanji meliputi\u00a0kentang, bijirin, pasta, nasi dan roti<\/p>\n<p><!-- Quick Adsense WordPress Plugin: http:\/\/quicksense.net\/ --><\/p>\n<p><strong>2. Makan Sayuran &amp; Buah-buahan<\/strong><\/p>\n<p>Makan seberapa banyak yang boleh sayuran dan<br \/>\nbuah-buahan, lagi banyak lagi bagus. Sayuran dan<br \/>\nbuah-buahan mempunyai pelbagai sumber nutrient<br \/>\nyang diperlukan oleh tubuh badan.<\/p>\n<h3>3. Makan Ikan<\/h3>\n<p>Ikan merupakan sumber protein yang bagus, ia juga\u00a0mengandungi vitamin serta mineral yang tinggi.\u00a0Salah satu nutrien yang terkandung di dalam ikan\u00a0ialah Omega-3, yang dapat membantu mencegah\u00a0masalah penyakit jantung. Terdapat 3 jenis pilihan\u00a0dalam pembelian ikan iaitu ikan segar, beku atau tin,\u00a0tetapi ingat ikan di dalam tin mempunyai garam tinggi\u00a0dan mungkin terdapat bahan pengawet di dalamnya.<\/p>\n<h3>4. Kurangkan Gula<\/h3>\n<p>Penyakit kencing manis atau obesiti telah menjadi\u00a0antara penyakit paling popular di negara Malaysia.\u00a0Gula merupakan salah satu penyebab kuat penyakit\u00a0kencing manis berleluasa dengan mudah di negara\u00a0ini. Tubuh badan memerlukan manis gula sebagai\u00a0penambah tenaga badan tetapi jika gula yang diambil\u00a0melebihi dari jumlah keperluan badan, ia akan\u00a0memudaratkan kesihatan anda. Jika inginkan manis,\u00a0cuba beralih ke penggunaan gula stevia, gula perang\u00a0atau apa-apa jenis gula yang memberi\u00a0kesihatan kepada diri kita.<\/p>\n<h3>5. Kurangkan Garam<\/h3>\n<p>Tanpa garam, masakan tidak akan sempurna. Garam\u00a0digunakan sebagai penambah rasa di dalam makanan.\u00a0Garam juga penyumbang utama kepada penyakit\u00a0darah tinggi. Kurangkan penggunaan garam di dalam\u00a0makanan demi menjaga kesihatan tubuh badan.<\/p>\n<h3>6. Jangan Kehausan<\/h3>\n<p>Kita memerlukan sekurang-kurangnya 1.2 liter air\u00a0minuman sehari bagi mengelakkan dari dehidrasi\u00a0(kekeringan) badan. Ketika cuaca panas atau anda\u00a0aktif bersukan, anda disarankan minum lebih banyak\u00a0air dari keadaan biasa bagi menampung air yang telah<br \/>\ndihidrasi dari tubuh badan.<\/p>\n<h3>7. Sarapan Pagi<\/h3>\n<p>Ini merupakan perkara pertama yang anda perlu lakukan setiap hari selepas bangun dari tidur iaitu sarapan\u00a0pagi. Jika anda perasan, kebanyakkan orang yang tidak bersarapan akan mudah letih berbanding dengan yang\u00a0bersarapan pagi. Ini kerana, sarapan pagi merupakan sumber tenaga pertama yang akan dihadam oleh tubuh\u00a0badan. Pastikan sarapan pagi anda dilengkapi dengan diet pemakanan yang sihat. Jangan tinggalkan sarapan\u00a0pagi!<\/p>\n<p>Selain dari pemakanan, kecergasan tubuh badan juga dapat dijaga dengan melakukan aktiviti-aktiviti fizikal\u00a0seperti berlari, berenang, berbasikal, bersukan atau apa-apa sahaja yang boleh mengeluarkan peluh anda.\u00a0Dengan menjadi aktif, anda akan mempercepatkan lagi proses penghadaman perut dan secara langsung tubuh\u00a0badan akan menerima nutrient dari apa yang anda makan dengan segera.<\/p>\n<p>Mudahkan untuk menjadi sihat. Semua bergantung kepada kesedaran diri serta tindakan proaktif yang berani\u00a0diambil oleh anda. Jom sihatkan badan!<\/p>\n<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tips Pemakanan Sihat by Cahaya Purnama Ramai orang sibuk bekerja 24jam sehari tanpa henti demi mengejar kejayaan dan kekayaan di dunia. Tanpa\u00a0menghiraukan gaya kehidupan yang seimbang, seseorang itu mungkin akan mengalami pelbagai rintangan\u00a0kehidupan seperti gangguan emosi, kecelaruan perhubungan diri dan keluarga, serta masalah kesihatan tubuh\u00a0badan. Hari ini saya akan berkongsi ilmu dengan anda tentang bagaimana [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[91],"tags":[],"class_list":["post-914","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-article"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/jknjohor.moh.gov.my\/hsi\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/914","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/jknjohor.moh.gov.my\/hsi\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/jknjohor.moh.gov.my\/hsi\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jknjohor.moh.gov.my\/hsi\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/jknjohor.moh.gov.my\/hsi\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=914"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/jknjohor.moh.gov.my\/hsi\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/914\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":919,"href":"https:\/\/jknjohor.moh.gov.my\/hsi\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/914\/revisions\/919"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/jknjohor.moh.gov.my\/hsi\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=914"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/jknjohor.moh.gov.my\/hsi\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=914"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/jknjohor.moh.gov.my\/hsi\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=914"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}