LATAR BELAKANG HTSMTI
LATAR BELAKANG
Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim telah dirasmikan pada 26 April 1997 oleh Sultan Johor pada ketika itu, Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail telah berkenan untuk merasmikan hospital tersebut yang terletak di Kulai, Johor. Pembinaan hospital tersebut menggunakan konsep nuklues dan menelan belanja sebanyak RM 37.5 juta. Kewujudan hospital ini diharap dapat membantu menampung peningkatan pesakit yang tinggi di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Selain itu, pembinaan hospital tersebut di daerah Kulaijaya diharap akan dapat membantu meningkatkan taraf kesihatan penduduk di kawasan berkenaan.
