SOALAN LAZIM HTSMTI
Apa yang perlu saya bawa ketika mendaftar ke hospital?
Jawapan: Anda perlu membawa dokumen pengenalan diri seperti kad pengenalan atau pasport, dokumen kesihatan seperti buku rekod perubatan dan juga kad ke
Apakah jenis perkhidmatan yang disediakan oleh hospital ini?
Jawapan: Hospital kami menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuk rawatan perubatan, pembedahan, radiologi, dan banyak lagi.
Adakah Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim Kulai mempuyai wad mengikut kelas?
Jawapan: Pada umumnya Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim Kulai mengamalkan sistem wad terbuka.
Berapa lama biasanya saya perlu menunggu sebelum dapat berjumpa dengan doktor?
Jawapan: Masa menunggu bergantung pada kepadatan pesakit yang datang. Kami cuba memastikan semua pesakit mendapat perhatian secepat mungkin dan jangkaan masa menunggu biasanya tidak lebih dari satu jam.
Adakah hospital ini menyediakan perkhidmatan kecemasan 24 jam?
Jawapan: Ya, hospital kami menyediakan perkhidmatan kecemasan 24 jam untuk memastikan pesakit mendapat rawatan secepat mungkin.
Adakah hospital kerajaan mempunyai kemudahan untuk pesakit yang datang dari luar negeri?
Jawapan: Ya, hospital kerajaan mempunyai kemudahan untuk pesakit yang datang dari luar negeri. Walau bagaimanapun, pesakit yang datang dari luar negeri mungkin perlu membayar kos yang lebih tinggi untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan.
Bolehkah saya memilih doktor atau pakar kesihatan tertentu untuk merawat saya di hospital kerajaan?
Jawapan: Pesakit mungkin tidak dapat memilih doktor atau pakar kesihatan tertentu untuk merawat mereka di hospital kerajaan. Walau bagaimanapun, hospital akan menetapkan doktor atau pakar kesihatan yang berkelayakan untuk merawat pesakit