EKSA
Pengenalan EKSA
Ekosistem Kondusif Sektor Awam atau EKSA telah diperkenalkan mulai Januari 2014 sebagai inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam oleh pihak MAMPU dengan mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif supaya lebih relevan kepada jabatan/agensi sektor awam. Langkah penjenamaan semula ini difikirkan sesuai dan seiring dengan perubahan dan kehendak semasa untuk meningkatkan prestasi dan daya saing organisasi di samping menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan warga JKNJ.
Komponen utama dalam pelaksanaan EKSA masih berteraskan Amalan 5S yang
ditambahbaik di samping penambahan beberapa elemen baharu. EKSA bukan bertujuan
untuk menggantikan konsep 5S yang diamalkan sebelum ini, sebaliknya menambah baik elemen 5Stersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang lebih kondusif.
Amalan 5S ditambah baik dengan menambah lima elemen baharu, iaitu:
• Imej korporat;
• Kreativiti dan Inovasi;
• Amalan Hijau;
• Persekitaran Kondusif; dan
• Kepelbagaian Agensi.
Dasar EKSA
Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti kerja, perkhidmatan dan produktiviti melalui persekitaran kerja yang mesra, bersih, sihat, kondusif dan selamat.
Objektif EKSA
- Carta Organisasi EKSA JKNJ
- Carta Jawatankuasa Ketua Zon dan Penyelaras EKSA
- Carta Organisasi & Carta Perbatuan EKSA Induk JKNJ
- Carta Orgaisasi & Carta Perbatuan Bahagian Pengurusan
- Carta Organisasi & Carta Perbatuan Bahagian Kesihatan Awam
- Carta Organisasi & Carta Perbatuan Bahagian Perubatan
- Carta Organisasi & Carta Perbatuan Bahagian Pergigian
- Carta Organisasi & Carta Perbatuan Bahagian Farmasi
- Carta Organisasi & Carta Perbatuan Bahagian Kesihatan & Kualiti Makanan