BAHAGIAN KESELAMATAN & KUALITI MAKANAN

Alamat :

Bangunan Lama, Jalan Persiaran Permai, Jalan Hospital Permai, Kempas Baru, 81200 Johor Bahru, Johor.

No. Telefon :

07-238 2239

VISI

MISI

Peneraju kawalan keselamatan dan kualiti makanan negara.

Memperkasakan kawalan keselamatan dan kualiti makanan di sepanjang rantaian bekalan makanan melalui akauntabiliti bersama pemegang taruh bagi memastikan rakyat mendapat makanan yang selamat dan berkualiti.

OBJEKTIF

Melindungi orang ramai terhadap bahaya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan serta mempermudahkan perdagangan makanan melalui : 

  • Pengukuhan dasar dan perundangan keselamatan dan kualiti makanan;
  • Pengukuhan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan ke atas makanan import, domestik dan premis makanan bagi memastikan kepatuhan terhadap perundangan makanan negara;
  • Pengukuhan kawalan makanan eksport;
  • Pemantapan intervensi dalam menangani isu dan cabaran keselamatan makanan;
  • Penggunaan sains dan teknologi baharu dalam penghasilan maklumat keselamatan dan kualiti makanan berasaskan bukti saintifik;
  • Pemerkasaan keupayaan komunikasi dan pendidikan berhubung keselamatan dan kualiti makanan;
  • Pemerkasaan industri makanan dan pengguna dalam pembudayaan keselamatan dan kualiti makanan; dan
  • Pemantapan kolaborasi dengan semua pemegang taruh di dalam dan luar negara bagi melindungi kepentingan negara berkaitan keselamatan dan kualiti makanan

CLIENT CHARTER

BILACTIVITIESSASARAN BARU
1.

Pengeluaran Sijil Kesihatan Bagi Produk Makanan dan Bahan Bersentuhan Makanan

(Jumlah TERMASUK Sijil Kesihatan Ikan dan Hasilan Ikan Ke EU dan Sijil Kesihatan Raw Cleaned EBN ke China)

a)     Sijil dikeluarkan dalam tempoh 19 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima (bagi produk makanan TANPA sijil HACCP KKM atau CB diiktiraf KKM)

b)     Sijil dikeluarkan dalam tempoh 19 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima (bagi produk makanan DENGAN sijil HACCP KKM atau CB diiktiraf KKM dan memerlukan persampelan produk akhir)

c)     Sijil dikeluarkan dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima (bagi produk makanan DENGAN sijil HACCP KKM atau CB diiktiraf KKM)

2.Pengeluaran Sijil Kesihatan untuk Pengeksportan Ikan dan Hasilan Ikan Ke EUSijil dikeluarkan dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima
3.Pengeluaran Sijil Eksport Penjualan BebasSijil dikeluarkan dalam tempoh 1 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima

 

ORGANISATION CHART

en_GB
Scroll to Top
Skip to content