MAJLIS AMANAT PENGARAH KESIHATAN NEGERI JOHOR 2023

MAJLIS AMANAT PENGARAH KESIHATAN NEGERI JOHOR 2023
Pada: 17 Januari 2023 (Selasa)
Tempat: Auditorium Sri Selasih Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru (HSIJB)

  • Majlis Amanat Pengarah Kesihatan Negeri Johor 2023 Peringkat Negeri  Johor telah diadakan pada 17 Januari 2023 bertempat di  Auditorium Sri Selasih Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru (HSIJB). Majlis dihadiri oleh semua Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Semua Ketua Unit Pengurusan JKNJ,  Semua Pengarah Hospital, Pegawai  Kesihatan Daerah, Pegawai Kesihatan Pergigian, wakil setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) serta warga HSIJB.
  • Teks Ucapan Amanat Pengarah Kesihatan Negeri Johor 2023 Peringkat Negeri  Johor di bawa oleh YM Raja Aidil Bin Raja Ismail Penolong Pegawai Keselamatan, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru untuk diserahkan kepada YB Dato’ Dr Aman bin Rabu, Pengarah Kesihatan Negeri Johor.
  • YB Dato’ Dr. Aman Bin Rabu menyampaikan Amanat bagi tahun 2023 kepada semua tetamu yang hadir. Majlis dihadiri seramai 250 orang tetamu.
  • YB Dato Dr. Aman Bin Rabu menyampaikan Sijil Penghargaan kepada PTJ yang berjaya menyelesaikan Sifar Saman tahun 2022.
  • YB Dato Dr. Aman Bin Rabu menyampaikan sijil Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2015 kepada PTJ bawah persijilan QMS 02301. Sebanyak  6 Bahagian dan 3 unit Jabatan Kesihatan Negeri Johor  serta 10 Pejabat Pergigian Daerah telah melaksanakan pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001: 2015 secara multisite. PTJ yang terlibat telah berjaya memperoleh pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2015. Pensijilan ini berkuatkuasa dari 21 Januari 2023 sehingga 20 Januari 2026.
  • Facebook Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru juga telah dilancarkan oleh YB Dato’ Dr Aman bin Rabu disaksikan oleh Pengarah Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, Dr Hajah Zuraini binti Zainal.
  • YB Dato’ Dr. Aman bin Rabu turut merasmikan “Discharge Lounge” Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.
en_GB
Scroll to Top
Skip to content