BAHAGIAN PENGURUSAN

Alamat :

Tingkat 4, Jabatan Kesihatan Negeri Johor, Blok B, Wisma Persekutuan, Jalan Ayer Molek, 80590 Johor Bahru.

No. Telefon :

 07-2245180/188/189

VISI

MISI

OBJEKTIF

Bahagian terunggul dalam menyampaikan khidmat pengurusan di Jabatan Kesihatan Negeri Johor.

Melaksanakan perkhidmatan sokongan dan memberi nasihat dalam bidang khidmat pengurusan supaya semua aktiviti jabatan Kesihatan Negeri Johor dapat dilaksanakan dengan cemerlang bagi mempertingkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kesihatan.

Membantu individu dan keluarga mencapai dan mengekalkan taraf kesihatan yang optima bagi membolehkannya menjalankan kegiatan ekonomi dan sosial yang produktif dengan menyediakan kemudahan asas dan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti. Tumpuan diberikan kepada rakyat yang kurang bernasib baik.

CLIENT CHARTER

BIL. PERKARA
1. Menyelesaikan siasatan aduan mengikut kategori berikut dari tarikh aduan
diterima:

a) Biasa – 15 hari
b) Kompleks – 16 hingga 365 hari
2. Mengeluarkan waran peruntukan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja
selepas menerima cadangan agihan Ketua Program.
3. Memproses pembayaran bil / tuntutan dalam tempoh 14 hari daripada
permohonan lengkap diterima.
4. Menguruskan pendaftaran aset dalam tempoh 14 hari dari tarikh
penerimaan berserta dokumen lengkap.
5. Memproses dokumen pengesahan lantikan rasmi, pengesahan dalam
perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen (e-pengesahan) dalam
tempoh 10 hari bekerja dari tarikh maklumat lengkap diterima.
6. Menguruskan maklum balas log aduan kerosakan peralatan ICT /
rangkaian dalam masa tidak melebihi dua (2) hari selepas menerima log
aduan kerosakan.
7. Memastikan sesi kaunseling / intervensi psikologi dilakukan dalam tempoh
14 hari selepas menerima rujukan dari PTJ.

ORGANISATION CHART

en_GB
Scroll to Top
Skip to content