BAHAGIAN PERGIGIAN

Alamat :

Tingkat 2, Jabatan Kesihatan Negeri Johor, Blok B, Wisma Persekutuan, Jalan Ayer Molek, 80590 Johor Bahru.

No. Telefon :

 07-2236142

VISI

MISI

OBJEKTIF

Menaikkan taraf kesihatan pergigian penduduk Negeri Johor setaraf dengan kesihatan negara maju.

Untuk memberi perkhidmatan pergigian kepada rakyat Johor supaya mencapai tahap kesihatan mulut yang optima di kalangan individu, keluarga dan masyarakat melalui usaha-usaha menggalakkan tabiat kesihatan yang positif dan menentukan perkhidmatan pergigian yang berkualiti, berteknologi sesuai serta memenuhi kehendak pelanggan.

  • Menguruskan kesihatan pergigian termasuk merancang, mengatur, memantau dan menilai penjagaan kesihatan pergigian.
  • Menjalankan promosi kesihatan pergigian dan mendorong masyarakat agar lebih bertanggungjawab terhadap kesihatan pergigian mereka.
  • Memberikan perkhidmatan kesihatan pergigian secara profesional, memenuhi kehendak pelanggan dengan menggunakan kepakaran yang ada dan teknologi yang bersesuaian.
  • Melaksanakan penguatkuasaan undang-undang berkaitan amalan pergigian.

CLIENT CHARTER

Kewajipan Anggota Bahagian Kesihatan Pergigian:
Kami sentiasa komited dan akan berusaha memastikan:

  • Semua pelanggan dilayan dengan mesra dan cekap;
  • Semua pelanggan diberi maklumat mengenai perkhidmatan yang disediakan;
  • Semua pelanggan yang ada janji temu berjumpa dengan pegawai berkenaan dalam tempoh 15 minit;

Kewajipan Pelanggan:
Pelanggan perlu;

  • Membawa dokumen yang diperlukan berkaitan urusan berkenaan;
  • Menepati janji temu yang diberi atau menghubungi pejabat ini sekiranya tidak dapat menepati janji temu;
  • Menggunakan kemudahan yang disediakan dengan bertanggungjawab;
  • Bekerjasama dengan memberi maklumat sebenar dan lengkap berkaitan masalah yang dihadapi.

ORGANISATION CHART

en_GB
Scroll to Top
Skip to content