BAHAGIAN FARMASI

Alamat :

Jalan Persiaran Permai, Kempas Baru, 81200 Johor Bahru, Johor.

No. Telefon :

07-235 5120

VISI

MISI

OBJEKTIF

Meningkatkan kesihatan rakyat Negeri Johor menerusi kecemerlangan dalam amalan  farmasi.

Untuk memberi perkhidmatan Farmasi yang berkualiti dan selamat kepada rakyat Negeri Johor melalui kerjasama dengan pihak berkepentingan, penguatkuasaan undang-undang, pengurusan sistem organisasi yang efektif, responsif serta amalan farmasi yang sentiasa ditambahbaik, seiring dengan perkembangan teknologi dan maklumat terkini, disokong dengan pembinaan keupayaan dan profesionalisme menerusi pembangunan bakat dan pemerkasaan tenaga kerja untuk perkhidmatan yang lebih cekap.

  • Memastikan pengurusan sumber yang efisien dan cemerlang.
  • Memastikan kebolehcapaian berterusan terhadap ubat-ubatan yang berkualiti, selamat dan kos efektif.
  • Memperkukuh penggunaan ubat-ubatan secara berkualiti dan rasional ke arah kesihatan yang lebih baik.
  • Meningkatkan perkhidmatan penjagaan farmaseutikal selaras dengan piawaian dan amalan terbaik.
  • Memastikan penjualan, pembekalan, pemilikan dan pengiklanan substans, produk dan kosmetik mematuhi peruntukan undang-undang.

PIAGAM PELANGGAN

  • Permohonan lesen/ permit BAHARU dan PEMBAHARUAN lesen/ permit akan dikeluarkan dalam tempoh tujuh (7) hari berkerja dari tarikh permohonan lengkap diterima oleh jabatan.
  • Keputusan rayuan oleh pengimport akan dimaklumkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh surat rayuan diterima oleh jabatan.
  • Pengesahan penerimaan aduan kepada pengadu dikeluarkan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
  • Maklumbalas status aduan kepada pengadu dikeluarkan dalam tempoh lima belas (15) hari bekerja dari tarikh aduan diterima oleh jabatan.
  • Semua bil-bil perlu dibayar dengan segera tidak lewat daripada empat belas (14) hari dari tarikh bil-bil diterima oleh jabatan.

CARTA ORGANISASI

ms_MY
Scroll to Top
Skip to content