Jalan Persiaran Permai, Kempas Baru, 81200 Johor Bahru, Johor.
No. Telefon :
07-235 6136
VISI
MISI
OBJEKTIF
Menjadi peneraju dan penggerak utama ke arah pencegahan, perawatan, pemantauan dan promosi kesihatan yang cekap serta mesra pelanggan dan masyarakat.
Menyediakan perkhidmatan kesihatan yang cekap dan berkesan, professional dan berhemah, dedikasi dan bertanggungjawab serta mengutamakan kehendak pelanggan dan penglibatan masyarakat dalam melaksanakan program Kesihatan Awam.
Untuk mengekalkan serta meningkatkan taraf kesihatan individu, keluarga dan komuniti secara optima melalui promosi kesihatan, pencegahan, perawatan dan pemulihan khususnya di kalangan penduduk Negeri Johor.
PIAGAM PELANGGAN
Jabatan Kesihatan Negeri adalah komited untuk memberi perkhidmatan kesihatan, perubatan, pergigian, farmasi dan pengurusan berkualiti kepada semua tanpa mengira umur, jantina, keturunan agama atau taraf sosio-ekonomi.
Untuk mencapai tujuan di atas, Jabatan Kesihatan Negeri adalah bertanggungjawab untuk mengadakan perkhidmatan yang cekap, berkesan dan tepat di samping mengadakan kemudahan-kemudahan dan persekitaran yang selesa untuk pelanggan-pelanggan.
Jabatan Kesihatan Negeri adalah juga komited untuk mengadakan jentera pentadbiran yang cekap di semua institusi di bawahnya supaya kualiti perkhidmatan dapat dijaga.