BIL. | PERKARA |
1. | Menyelesaikan siasatan aduan mengikut kategori berikut dari tarikh aduan diterima:
a) Biasa – 15 hari b) Kompleks – 16 hingga 365 hari |
2. | Mengeluarkan waran peruntukan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas menerima cadangan agihan Ketua Program. |
3. | Memproses pembayaran bil / tuntutan dalam tempoh 14 hari daripada permohonan lengkap diterima. |
4. | Menguruskan pendaftaran aset dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan berserta dokumen lengkap. |
5. | Memproses dokumen pengesahan lantikan rasmi, pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen (e-pengesahan) dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh maklumat lengkap diterima. |
6. | Menguruskan maklum balas log aduan kerosakan peralatan ICT / rangkaian dalam masa tidak melebihi dua (2) hari selepas menerima log aduan kerosakan. |
7. | Memastikan sesi kaunseling / intervensi psikologi dilakukan dalam tempoh 14 hari selepas menerima rujukan dari PTJ. |