BAHAGIAN PERUBATAN
Alamat :
Tingkat 3, Jabatan Kesihatan Negeri Johor, Blok B, Wisma Persekutuan Johor Bahru, Jalan Ayer Molek, 80888 Ibrahim International Business District, Johor Darul Ta’zim.
No. Telefon :
07-225 4800/4801
VISI
MISI
OBJEKTIF
Memastikan standard perkhidmatan perubatan di Negeri Johor mencapai perkhidmatan yang unggul dalam sektor Kesihatan, kecemerlangan insan serta memenuhi kehendak pelanggan.
Untuk memudahkan dan membolehkan rakyat mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan, menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga serta menyediakan satu perkhidmatan kesihatan yang akan meningkatkan taraf kesihatan melalui promosi cara hidup sihat, pencegahan penyakit serta perkhidmatan rawatan dan pemulihan yang berkualiti di dalam suasana penyayang dengan menerapkan nilai-nilai murni di kalangan anggota.
Memastikan perkhidmatan pengurusan perubatan yang merangkumi fungsi pengurusan hospital, kualiti dan penjagaan perubatan, rekod perubatan,
kawalan amalan perubatan swasta dan perubatan tradisional & komplementari serta aduan pelanggan dilaksanakan dengan cekap, berkesan dan mematuhi
piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
PIAGAM PELANGGAN
Kami warga Bahagian Perubatan Jabatan Kesihatan Negeri Johor akan sentiasa komited dalam menyediakan perkhidmatan dan layanan yang berkualiti, cekap, mesra dan profesional serta pertimbangan yang adil dan saksama kepada semua pelanggan tanpa mengira umur, jantina, keturunan, agama atau taraf sosio-ekonomi.
Memastikan semua pekerja diberi maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan berkenaan cara melaksanakan tugas mereka dengan selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan.
CARTA ORGANISASI
