Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Johor Bahru adalah merupakan pusat pentadbiran utama bagi perkhidmatan klinik kesihatan, klinik desa dan kesihatan awam di daerah Johor Bahru dalam  tiga kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang bertaraf bandaraya iaitu, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Bandaraya, Iskandar Puteri (MBIP) dan Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) dengan anggaran penduduk berjumlah 2 juta orang.

Pentadbiran kesihatan awam PKDJB terkini meliputi fasiliti kesihatan yang bernaung di bawahnya iaitu sebuah Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, 17 buah Klinik Kesihatan (KK), 17 buah Klinik Desa (KD), dan 7 buah klinik komuniti (KKOM) Selain daripada itu, PKDJB juga mengawalselia 6 buah Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) iaitu Bangunan Sultan Iskandar(BSI), Terminal Feri Stulang Laut, Kompleks Sultan Abu Bakar 2ndLink (KSAB), Pelabuhan Pasir Gudang, Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dan Terminal Feri Puteri Harbour.