Objektif Unit
Memastikan makanan dan minuman adalah selamat dan mematuhi piawaian yang telah ditetapkan didalam Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
Aktiviti Unit
- Menjalankan pemeriksaan keatas mana-mana premis makanan mengikut kualiti yang telah ditetapkan dalam pelan tindakan.
- Menjalankan operasi penutupan premis.
- Membuat persampelan makanan di mana-mana premis makanan mengikut kuantiti seperti dalam pelan tindakan.
- Menjalankan operasi rampasan makanan / sita.
- Urusan pengeluaran Sijil Kesihatan bagi makanan untuk dieksport.
- Menjalankan siasatan ke atas kes-kes keracunan.
- Menjalankan pemeriksaan kilang dan persampelan kilang ais dan air minuman berbungkus (AMB)
- Menjalankan siasatan ke atas aduan berkaitan makanan yang dilaporkan.
- Menahan konsaimen bermasalah yang diimport ke dalam negara atau “undertaking”