Karnival Kesihatan Orang Asli Simpang Arang, Gelang Patah 2025
Pada 15 Mei 2025 (Khamis) bertempat di Kampung Simpang Arang telah dijalankan Program Karnival Kesihatan Orang Asli Kg. Simpang Arang yang telah dirasmikan oleh YB Tuan Ling Tian Soon, EXCO Kerajaan Negeri Johor. Program ini juga turut dihadiri oleh Pengarah Kesihatan Negeri Johor, ADUN Kota Iskandar dan Datuk Bandar Majlis Iskandar Puteri. Program ini merupakan kolaborasi diantara Jabatan Kesihatan Negeri Johor, khususnya Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru bersama rakan strategik dalam menjayakan program Kesihatan di komuniti. Fokus utama program ini adalah untuk meningkatkan taraf kesihatan menyeluruh masyarakat Orang Asli secara holistik.
 
Pelbagai aktiviti menyeluruh dan berimpak tinggi telah disusun bagi memastikan pendekatan kesihatan secara holistik dapat dicapai. Antara aktiviti tersebut ialah :
I. Saringan penyakit Tuberkulosis
II. Saringan kesihatan umum melalui National Health Screening Initiative (NHSI)
III. Pameran kesihatan dan pendidikan kesihatan
IV. Demonstrasi masakan sihat
V. Demonstarsi pertolongan cemas
VI. Tayangan video pendidikan kesihatan
VII. Senamrobik dan Sukaneka
 
Semoga segala usaha dan kerjasama ini akan membuahkan hasil dalam memperkasa komuniti degan ilmu kesihatan, pencegahan penyakit serta membina masa depan yang lebih sihat dan sejahtera
Anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru
Rakan strategik :
Pejabat ADUN Kota Iskandar
Majlis Bandaraya Iskandar Puter
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
Jabatan Pendaftaran Negara
Jabatan Penerangan Malaysia
SW Corp dan SWM Environment
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)
Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim
Majlis Agama Islam Negeri Johor
Johor Southern Volunteer
Jauhar Medical Group Services