Objektif Unit

Memastikan makanan dan minuman adalah selamat dan mematuhi piawaian yang telah ditetapkan didalam Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

 

Aktiviti Unit

  • Menjalankan pemeriksaan keatas mana-mana premis makanan mengikut kualiti yang telah ditetapkan dalam pelan tindakan.
  • Menjalankan operasi penutupan premis.
  • Membuat persampelan makanan di mana-mana premis makanan mengikut kuantiti seperti dalam pelan tindakan.
  • Menjalankan operasi rampasan makanan / sita.
  • Urusan pengeluaran Sijil Kesihatan bagi makanan untuk dieksport.
  • Menjalankan siasatan ke atas kes-kes keracunan.
  • Menjalankan pemeriksaan kilang dan persampelan kilang ais dan air minuman berbungkus (AMB)
  • Menjalankan siasatan ke atas aduan berkaitan makanan yang dilaporkan.
  • Menahan konsaimen bermasalah yang diimport ke dalam negara atau “undertaking”