OBJEKTIF UNIT

Untuk meningkatkan taraf pemakanan masyarakat yang meliputi semua peringkat umur dari bayi sehingga warga tua melalui program dan aktiviti perancangan, pengawasan, pemulihan dan promosi pemakanan yang dijalankan.

AKTIVITI UNIT

Antara program-program pemakanan yang telah diwujudkan dan dijalankan ialah :

  • Program Pengawasan Taraf Pemakanan Kanak-kanak Bawah Umur 5 Tahun
  • Program Pemulihan Kanak-kanak Kekurangan Zat Makanan
  • Program Pemulihan Pemakanan Ibu Mengandung Termiskin
  • Program Pencegahan Anemia
  • Program Bantuan Susu Tepung Penuh Krim
  • Program Kawalan dan Pencegahan Gangguan Akibat Kekurangan Iodin
  • Program Promosi Penyusuan Ibu
  • Program Inisiatif Hospital Rakan Bayi dan Klinik Rakan Bayi
  • Program Pengawasan Kod Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan
  • Program Dapur Sihat Masyarakat
  • Program Pengurusan Berat Badan
  • Perkhidmatan Runding Cara Pemakanan