OBJEKTIF
Untuk memberi perkhidmatan pengurusan pentadbiran, sumber manusia, kewangan, pengurusan stor dan pengurusan aset yang cekap dan berkesan supaya matlamat Program Perkhidmatan Kesihatan Awam dapat membantu mencapai objektifnya.
Membantu kearah pencapaian dasar objektif Kementerian Kesihatan dengan memastikan bahawa program-program lain di Kementerian disokong dan didukung dengan satu system perkhidmatan pengurusan yang kukuh, cekap dan berkesan dari segi pentadbiran, sumber manusia, kewangan, pengurusan stor dan pengurusan aset.
VISI
Memastikan pengurusan pentadbiran, sumber manusia, kewangan, pengurusan aset dan pengurusan stor diuruskan dengan strategik dan berkualiti bagi memenuhi kehendak pelanggan selaras dengan peraturan dan prosedur yang sedang berkuatkuasa.
MISI
Menyediakan Khidmat Pengurusan yang berkualiti, cekap dan berkesan serta mesra pelanggan.
SUB UNIT PENGURUSAN :
Unit Sumber Manusia
- Bertanggungjawab terhadap pengurusan tenaga kerja secara menyeluruh – dari perancangan, pengambilan, pembangunan kerjaya, hingga kebajikan staf. Fungsi unit ini amat penting untuk memastikan sistem kesihatan beroperasi secara efisien dengan sokongan tenaga kerja yang mencukupi, kompeten, dan bermotivasi.
Unit Aset & Stor Alat Tulis
- Bertanggungjawab dalam pengurusan aset kerajaan dan kawalan inventori barangan pejabat, khususnya alat tulis dan barangan guna habis. Unit ini berperanan memastikan semua aset dan bekalan diurus secara sistematik, telus, dan mengikut prosedur perolehan kerajaan.
Unit Pentadbiran & Infrastruktur Kaunter Bersepadu
- Menyelaras urusan aduan, pengurusan kaurtes, penyewaan premis demis, serta operasi kaunter hasil.
- Pengurusan dokumentasi rasmi dan tugasan sokongan operasi pejabat yang berkaitan secara langsung dengan skop unit.
Unit Kewangan
- Unit Kewangan bertanggungjawab merancang, mengurus, memantau dan melaporkan semua urusan kewangan organisasi termasuk belanjawan, perolehan, pembayaran, hasil dan pematuhan kepada peraturan kewangan.
Unit Pengangkutan
- Unit Pengangkutan bertanggungjawab mengurus, menyelaras, dan menyelenggara kenderaan jabatan bagi memastikan kelancaran perkhidmatan logistik dan operasi harian selaras dengan peraturan yang ditetapkan.
Unit ICT
- Mengurus penyelenggaraan dan penambahbaikan yang berkaitan perkakasan/ infrastruktur ICT
- Pengurusan bilik rangkaian/ server
- Menyelaras dan memantau bagi 100% capaian aplikasi dan talian MyGov*Net dan sebagai “1st level support” capaian dalam rangkaian MyGov*Net