OBJEKTIF UNIT
- Memastikan pelaksanaan semua dasar, polisi,
strategi dan aktiviti kawalan penyakit berjangkit seperti Penyakit Cegahan
Vaksin, Penyakit Zoonosis, Penyakit Bawaan Air & Makanan, Penyakit
Bawaan Vektor, Tuberkulosis, Kusta, HIV/STD/ Hepatitis C serta lain-lain
penyakit berjangkit yang menjadi masalah kepada kesihatan awam.
- Merancang dan memantau aktiviti Survelan Penyakit Berjangkit, dan kesiapsiagaan terhadap Wabak dan Bencana serta kesihatan Antarabangsa.
Kawalan Penyakit Berjangkit
(CDC)
- Memantau semua jenis penyakit yang tersenarai
dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Antara fungsinya ialah
memantau:
- Penyakit Bawaan Makanan ( FWBD)
- Memantau data kejadian penyakit, menganalisa
data kejadian, mendapatkan reten wabak dan menghantar ke KKM,
menjalankan audit, mengesan wabak dan pastikan siasatan dan kawalan di
daerah berjalan lancar
- Penyakit Zoonosis
- Koodinasi dan berkongsi data berkaitan dengan
agensi lain dan merancang pelan tindakan.
- Memantau data kejadian penyakit, menganalisa,
mengesan wabak dan pastikan siasatan dan kawalan di daerah berjalan
lancar, mendapatkan reten wabak dan menghantar ke KKM
- Penyakit Berkaitan Vaksin (VPD)
- Koodinasi dan berkongsi data liputan
Imunisasi dengan Unit Pembangunan Kesihatan Keluarga
- Memantau data kejadian penyakit melalui sistem
e-notis, menganalisa, mendapatkan reten wabak dan menghantar ke KKM.
- Mengesan wabak dan pastikan siasatan dan
kawalan di daerah berjalan lancar.