LINDUNGI DIRI DARIPADA GIGITAN AEDES

Lindungi diri daripada gigitan nyamuk Aedes
Gunakan aerosol di dalam rumah bagi membantu membunuh nyamuk dewasa. Pastikan penggunaan dibuat mengikut arahan pada label produk.
▶️ Sebelum semburan, tutup makanan dan minuman.
▶️ Semasa semburan, sembur di kawasan gelap dan redup yang menjadi tempat nyamuk bersembunyi.
▶️ Selepas semburan, pastikan ruang mempunyai pengudaraan yang baik.
𝗜𝗻𝗴𝗮𝘁! 𝗔𝗲𝗿𝗼𝘀𝗼𝗹 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝘁𝗶 𝗮𝗸𝘁𝗶𝘃𝗶𝘁𝗶 𝗰𝗮𝗿𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝘂𝘀𝗻𝗮𝗵. 𝗛𝗮𝗽𝘂𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗮𝗶𝗿 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗮𝗸𝘂𝗻𝗴 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗽𝘂𝘁𝘂𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗶𝘁𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗶𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗔𝗲𝗱𝗲𝘀.
AMBIL PEDULI, CEGAH DENGGI.
Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM