PERHATIAN: PENYALAHGUNAAN IMEJ DAN MAKLUMAT HOSPITAL PASIR GUDANG OLEH LAMAN WEB TIDAK SAH

Pihak Hospital Pasir Gudang ingin menarik perhatian orang ramai berhubung kewujudan sebuah laman web yang menggunakan nama, imej dan maklumat Hospital Pasir Gudang sehingga berpotensi mengelirukan orang awam serta menimbulkan risiko penyalahgunaan maklumat dan penipuan.

Laman web yang dikenal pasti: 🔗 https://pasir-gudang-hospital-hpg.bookanyweb.com/

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga berikut:

🔴 Jangan mudah mempercayai laman web yang menggunakan nama, logo, imej atau maklumat Hospital Pasir Gudang tanpa pengesahan kesahihannya.

🔴 Jangan berkongsi maklumat peribadi, perbankan atau maklumat sensitif melalui laman web yang mencurigakan.

🔴 Tidak membuat sebarang pembayaran atau transaksi kewangan melalui laman web tersebut tanpa pengesahan daripada pihak hospital.

🔴 Tidak menekan pautan atau memuat turun fail daripada sumber yang meragukan.

🔴 Semak kesahihan laman web dan rujuk saluran komunikasi rasmi Hospital Pasir Gudang sekiranya terdapat sebarang keraguan.

Pihak Hospital Pasir Gudang mengambil serius perkara ini dan mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati ketika melayari laman web serta memastikan kesahihan sumber maklumat sebelum melakukan sebarang urusan dalam talian.

Sila kongsikan pemakluman ini kepada keluarga, rakan-rakan dan masyarakat bagi meningkatkan kesedaran serta mengelakkan orang lain daripada menjadi mangsa.

Kerjasama dan keprihatinan anda amat dihargai.

HospitalPasirGudang #PemaklumanRasmi #AmaranPenyamaran #WaspadaPenipuan

 

HUBUNGI KAMI

 

HOSPITAL PASIR GUDANG
Jalan Puncak 1,
81700 Pasir Gudang,
Johor Darul Ta'zim.
Tel : 07-298 1000
Emel : hpg@moh.gov.my
 
JUMLAH PELAWAT
008422
TARIKH KEMASKINI :

PENAFIAN: Hospital Pasir Gudang, Johor tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

Hak Cipta Terpelihara© 2026 Hospital Pasir Gudang