Pengenalan
Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Kritikal merupakan salah satu perkhidmatan yang disediakan bagi memberikan anestesia untuk pembedahan elektif dan kecemasan, anestesia di kawasan terpencil, rawatan kritikal untuk pesakit yang berada dalam keadaan kritikal, serta perkhidmatan pengurusan kesakitan.
Visi, Misi & Objektif
Visi:
Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Kritikal akan memberikan perkhidmatan yang berkualiti, profesional dan penyayang berasaskan teknologi terkini serta bersesuaian di dalam persekitaran kerja yang selamat dan progresif untuk mencapai kepuasan pelanggan.
Misi:
Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Kritikal akan memberikan perkhidmatan pembiusan dan rawatan kritikal kepada semua pesakit yang memerlukan dengan menggunakan pendekatan yang bersesuaian dan inovatif serta menitikberatkan aspek-aspek keselamatan dan profesionalisme dalam lingkungan kerja yang harmoni dan berpengetahuan bagi memenuhi kehendak pelanggan.
Objektif:
-
Menyediakan satu sistem bagi memastikan pesakit yang disyorkan untuk menjalani pembedahan berada dalam keadaan optimum dan bersedia untuk pembedahan.
-
Menyediakan sistem bagi penilaian pra-anestesia untuk pesakit yang dijadualkan menjalani pembedahan elektif, pembedahan rawatan harian (daycare), pembedahan pada hari kemasukan (day of admission), pembedahan dalam Hospital Kluster, serta pesakit bagi prosedur radiologi yang memerlukan anestesia am.
-
Memastikan pesakit berada pada tahap kesihatan optimum sebelum pembedahan.
-
Memastikan pengurusan anestesia dan pengurusan pasca pembedahan dirancang dengan sewajarnya.
-
Membuat rujukan yang bersesuaian kepada disiplin berkaitan apabila perlu.
-
Memulakan rawatan yang bersesuaian mengikut garis panduan.
-
Memberi pendidikan kepada pesakit berkaitan anestesia dan prosedur berkaitan.
-
Mendapatkan persetujuan termaklum dan bertulis untuk anestesia.
-
Memudahcara pelaksanaan pembedahan rawatan harian (daycare) dan pembedahan pada hari kemasukan (day of admission).
-
Mengenal pasti kes-kes yang tidak sesuai dilakukan di hospital kluster, Dewan Bedah Materniti, atau sebagai pembedahan elektif pada hari Sabtu.
Direktori
Emel:
Nombor Sambungan: 3114
Perkhidmatan Kami
Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Kritikal menawarkan perkhidmatan:
1. Perkhidmatan Anestesiologi Perioperatif
-
Klinik Anestesia
-
Perkhidmatan Anestesia di Dewan Bedah dan Kawasan Jauh (Remote Area)
2. Perkhidmatan Rawatan Rapi
3. Perkhidmatan Anestesia Obstetrik
4. Perkhidmatan Pengurusan Sakit
-
Pengurusan Sakit Akut
-
Perkhidmatan Analgesia Obstetrik
Waktu Operasi
Klinik Anestesia
Isnin - Khamis
8:00 pagi – 1:00 t/hari
1.00 t/hari - 2.00 petang (Rehat)
2:00 petang – 5:00 petang
Jumaat
8:00 pagi – 12:15 tengah hari
12.15 t/hari - 2.45 petang (Rehat)
2:45 petang – 5:00 petang
Sabtu, Ahad, Cuti Umum
Tutup
ICU dan HDU - 24 Jam
Dewan Bedah Elektif
Isnin - Jumaat
8:00 pagi - 4:00 petang
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum
Tutup
Dewan Bedah Kecemasan - 24 jam
Piagam Pelanggan
Jabatan Anestesia dan Rawatan Kritikal akan menyediakan:
-
Perkhidmatan anestesia kepada pesakit yang akan menjalani pembedahan elektif atau kecemasan.
-
Perkhidmatan anestesia kepada pesakit yang akan menjalani prosedur di kawasan terpencil (di luar Dewan Bedah).
-
Perkhidmatan pengurusan kesakitan obstetrik, kesakitan akut dan kesakitan kronik.
-
Perkhidmatan rawatan rapi kepada pesakit yang berada dalam keadaan kritikal.
