Pengenalan
Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial melalui Perkhidmatan Kepakaran Bedah Mulut & Maksilofasial merupakan salah satu perkhidmatan kepakaran yang ditawarkan oleh Program Bahagian Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Perkhidmatan yang diberikan tertumpu kepada rawatan meliputi masalah berkaitan dengan tulang rahang dan muka. Ini termasuk kes-kes kemalangan, kanser mulut dan rawatan pembedahan rekonstruksi tulang rahang.
Visi, Misi & Objektif
Visi:
Mewujudkan suasana kerja yang kondusif untuk pengendalian perkhidmatan dan menawarkan rawatan yang berkualiti tinggi dengan menggunakan teknologi terkini dalam memastikan kecemerlangan serantau dalam pengurusan masalah oral dan maksilofasial secara umum untuk rakyat Negeri Johor khususnya untuk Kluster Selatan.
Misi:
Kami komited untuk memberikan khidmat rawatan komprehensif merangkumi pemeriksaan, rawatan dan rehabilitasi kepada pesakit yang mempuyai masalah oral and maksilofasial serta membaikpulih dari aspek fungsi, estetik serta peningkatan kualiti hidup (QOL) melalui konsep “orally fit” dan memegang kepada amalan berasaskan bukti serta teknologi yang terkini.
Objektif:
Direktori
Emel:
Nombor Sambungan: 1026, 2611
Perkhidmatan Kami
Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial menawarkan perkhidmatan:
-
Pembedahan Dentoalveolar
-
Patologi Orofacial
-
Trauma Oral dan Maksilofasial
-
Onkologi Mulut dan Maksilofasial dan Pembedahan Rekonstruktif
-
Pembedahan Klef Bibir dan Lelangit
-
Gangguan Sendi Temporomandibular
-
Implantologi Pergigian
-
Penyakit Kelenjar Air Liur
-
Anomali Kraniofasial Kongenital
-
Kesakitan Orofasial
- Perancangan Three Dimension (3D) Untuk Reka Bentuk Implan/Rekonstruksi Orofasial
Waktu Operasi
KLINIK PAKAR MULUT & MAKSILOFASIAL
Isnin - Khamis
8:00 pagi – 1:00 t/hari
1.00 t/hari - 2.00 petang (Rehat)
2:00 petang – 5:00 petang
Jumaat
8:00 pagi – 12:15 tengah hari
12.15 t/hari - 2.45 petang (Rehat)
2:45 petang – 5:00 petang
Sabtu, Ahad, Cuti Umum
Tutup
