Pengenalan
Jabatan Dietetik & Sajian merupakan salah sebuah jabatan sokongan klinikal di Hospital Pasir Gudang yang memberikan perkhidmatan dietetik sebagai sokongan klinikal dalam pemberian terapi pemakanan perubatan (Medical Nutrition Therapy) kepada pesakit.
Perkhidmatan sajian yang mengamalkan sistem perkhidmatan makanan berpusat (centralized) sepenuhnya dan dikendalikan oleh pihak kontraktor yang dilantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Visi, Misi & Objektif
Visi Perkhidmatan Dietetik
•Menyokong dan membantu perawatan pesakit selaras visi dan misi Kementerian Kesihatan Malaysia dan mengutamakan perkembangan perkhidmatan melalui inovasi, teknologi dan pengetahuan terkini ke arah peningkatan kualiti berterusan
Visi Perkhidmatan Sajian Makanan
•Menjadi peneraju kecemerlangan dalam pengurusan perkhidmatan makanan yang bertaraf antarabangsa
Misi Perkhidmatan Dietetik
•Membantu perawatan pesakit melalui perkhidmatan dietetik klinikal yang merangkumi aktiviti promotif, pencegahan, perawatan dan rehabilitasi berdasarkan evidence based terkini di samping menyumbang kepakaran berkaitan
•Menyumbang kepada kajian saintifik, aktiviti kualiti dan penyelidikan dalam bidang dietetik dan pemakanan
•Membolehkan akses perkhidmatan dietetik sebagai salah satu aspek penjagaan perawatan pesakit dan pelanggan yang boleh didapati dengan lebih luas dan mudah
Misi Perkhidmatan Sajian Makanan
•Menyediakan dan menghidang makanan yang mematuhi keperluan pemakanan, mematuhi standad dan proses perkhidmatan sajian serta prinsip kebersihan dan keselamatan makanan
•Membekalkan makanan berdasarkan keperluan pesakit dan pelanggan mengikut keperluan pemakanan
•Menjalankan kajian penyelidikan dalam bidang perkhidmatan sajian makanan
Objektif:
Objektif Umum
•Memberikan perkhidmatan secara profesional, berkualiti dan fokus pelanggan di bidang klinikal dietetik dan perkhidmatan sajian makanan
Objektif Khusus
•Memberikan perkhidmatan Medical Nutrition Theraphy untuk membantu meningkatkan status pemakanan sejajar dengan rawatan kesihatan
•Memberikan latihan industri untuk perkhidmatan sajian makanan kepada pelajar latihan industri daripada Institusi PengajianTinggi
•Menjalankan kajian dalam bidang klinikal dietetik dan perkhidmatan sajian makanan berdasarkan keperluan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan
•Membekalkan diet normal dan teraputik kepada Pesakit Dalam, Rawatan Harian, Hemodialisis dan Wad Pemerhatian
Direktori
Emel:
Nombor Sambungan: 1081,8117,8116
Perkhidmatan Kami
Jabatan Dietitik & Sajian menawarkan perkhidmatan:
-
Perkhidmatan Dietetik Klinikal sebagai sokongan klinikal dalam pemberian ‘medical nutrition theraphy’ kepada pesakit.
-
Perkhidmatan Sajian Makanan yang membekalkan makanan kepada pesakit dalam dan anggota yang berkelayakan. Perkhidmatan ini mengamalkan sistem makanan secara berpusat ‘centralized’ oleh kontraktor yang dilantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
Piagam Pelanggan
Perkhidmatan Dietetik
Memberikan perkhidmatan dietetik klinikal kepada pesakit dalam/luar yang dirujuk bagi mendapatkan Medical Nutrition Theraphy
