JABATAN FARMASI

Visi, Misi & Objektif

Visi:

Memberikan perkhidmatan sokongan hospital untuk membantu dalam perkhidmatan perubatan dan perawatan kesihatan secara cekap, cepat dan tepat ke arah masyarakat yang sihat dan berpengetahuan dalam ubat-ubatan. 

 

Misi:

Sentiasa berusaha menyediakan perkhidmatan penjagaan farmaseutikal yang berkualiti dengan penuh dedikasi, tanggungjawab, ikhlas, cekap, berkesan dan profesional.

 

Objektif: 

Memberikan perkhidmatan penjagaan farmaseutikal yang menyeluruh melalui: 

  1. Memberi perkhidmatan penjagaan farmaseutikal yang efektif dan efisien kepada pesakit dan pelanggan hospital

  2. memastikan pengurusan perolehan dan bekalan ubat dan bukan ubat adalah efisien 

  3. memastikan anggota menerima latihan dan pembelajaran secara berterusan 

  4. menerapkan budaya kerja cemerlang, suasana dan persekitaran yang bersesuaian demi mencapai objektif perkhidmatan berkualiti

 

 

Direktori

Emel: 

Nombor Sambungan:

Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Nombor Sambungan:

 

 

Perkhidmatan Kami

Jabatan Farmasi menawarkan perkhidmatan 

 

  1. Farmasi Ambulatori 

Menyediakan perkhidmatan penjagaan farmaseutikal yang optimum melalui pemberian ubat yang betul yang betul, efektif dan selamat kepada pesakit luar dan pesakit discaj serta memberikan perkhidmatan kaunseling ubat-ubatan untuk meningkatkan kualiti penggunaan ubat.

 

Perkhidmatan farmasi ambulatori terdiri daripada 

 

  1. Farmasi Klinik Pakar

Pendispensan ubat hanya boleh dibuat oleh Pegawai Farmasi/PRP/ Penolong Pegawai Farmasi yang terlatih/berkelayakan sahaja. Ubat- ubatan yang dibekal mesti melalui proses saringan preskripsi, perekodan dalam sistem PhIS dan pelabelan, pengisian ubat, proses semak silang dan akhirnya pendispensan ubat kepada pesakit.

Ubat-ubatan hanya dibekalkan melalui preskripsi yang SAH, MASIH SAHLAKU  dan LENGKAP sahaja. Ubat-ubatan yang didispens di kaunter akan menggunakan sistem panggilan Queue Management System (QMS).

 

  1. Farmasi Kecemasan 24 Jam




  1. Perkhidmatan Nilai Tambah Farmasi (VAS)

 

  • Perkhidmatan Farmasi Pandu Lalu

Ditawarkan bagi mengatasi masalah yang dihadapi pesakit untuk mendapatkan bekalan ubat susulan mereka seperti sukar mendapat ruang parkir kenderaan, kesesakan di kaunter farmasi serta masa menunggu di farmasi yang lama.

 

Perkhidmatan Farmasi Pandu Lalu yang ditawarkan ini menyediakan kemudahan alternatif untuk pesakit mendapatkan bekalan ubat susulan mereka di luar kawasan farmasi. 

 

Melalui cara ini, pesakit yang berdaftar hanya perlu memaklumkan pihak farmasi melalui aplikasi MyUbat tentang tarikh akan datang bagi mendapatkan bekalan ubat susulan mereka. Bekalan ubat pesakit akan disediakan terlebih dahulu sebelum tarikh temujanji. Oleh yang demikian para pesakit tidak perlu menunggu lama  dan juga tidak perlu bersusah payah mencari ruang parkir.

 

  • Perkhidmatan Ubat Melalui Pos (UMP) merupakan perkhidmatan pembekalan ubat susulan terus ke lokasi pilihan pesakit menggunakan syarikat kurier dengan caj kiriman yang telah ditetapkan. 


UMP merupakan salah satu daripada Perkhidmatan Nilai Tambah Farmasi (Value

Jabatan Ortopedik menawarkan perkhidmatan: 

Pembedahan Ortopedik Am dan Trauma

Servis Subkepakaran - Foot and Ankle Surgery

Pesakit dalaman (In-Patient Care)

Klinik Pakar Ortopedik & Trauma (Outpatient Care)

Pembedahan (Pembedahan Elektif, Pembedahan Trauma, Pembedahan Kecemasan, Pembedahan Daycare)

Added Service) yang disediakan untuk kemudahan pesakit bagi mendapatkan bekalan ubat susulan mereka.

 

Perkhidmatan ini ditawarkan bagi kiriman ubat pesakit dalam lingkungan liputan Pos Laju ke seluruh Malaysia. Perkhidmatan ini terhad kepada bekalan ubat susulan sahaja dan alamat penghantaran tidak dapat diubah sehingga tamat durasi preskripsi yang telah didaftarkan.

 





  1. Perkhidmatan Kaunseling Ubat-ubatan

Kaunseling ubat-ubatan adalah satu proses komunikasi antara ahli farmasi dengan pesakit bagi memastikan penggunaan ubat yang selamat dan berkesan. 

 

Kaunseling yang berkesan dapat

  • Meningkatkan kepatuhan pesakit terhadap rawatan, 

  • Mengurangkan risiko kesan sampingan, serta 

  • Membantu dalam mencapai hasil terapi yang optimum. 

Oleh itu, setiap sesi kaunseling perlu disampaikan secara sistematik, mengambil kira keperluan individu pesakit, serta menggunakan bahasa yang mudah difahami. 

INFOGRAFIK KAUNSELING SEBAGAI ALAT BANTUAN MENGAJAR

 

  1. Perkhidmatan Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC) - belum mula

  2. Perkhidmatan Day Care & Home Medication Review (HMR) - belum mula

B. Farmasi Pesakit Dalam

Menyediakan perkhidmatan pembekalan ubat dan khidmat penjagaan farmaseutikal kepada pesakit di dalam wad. Di bawah Unit Pesakit Dalam dipecahkan kepada 3 subunit iaitu 

  • Farmasi Bekalan Wad

  • Farmasi Satelit 1 (Aras 5 HPG) dan

  • Farmasi Satelit 2 (Aras 6 HPG).  

 

Perkhidmatan di bawah Farmasi Pesakit Dalam adalah:

 

  • Pembekalan stok wad dan troli kecemasan

 

  • Pembekalan ubat unit of dose (UOD)

Pembekalan ubat-ubatan pesakit di wad / unit adalah secara individu menerusi Sistem Unit Dos.

Pembekalan ubat kepada pesakit adalah berdasarkan preskripsi ubat. Ubat-ubatan dibekalkan dalam troli ubat (medication trolley) atau bekas ubat yang sesuai. 

Preskriber hendaklah mempreskrib ubat untuk setiap pesakit di dalam preskripsi menggunakan Carta Pengubatan. 

 

Ubat-ubatan dibekal untuk tempoh 24 jam atau tidak melebihi 3 hari bagi kes-kes tertentu. Sekiranya durasi (tempoh rawatan) tidak dinyatakan pada preskripsi, tempoh sah laku preskripsi bagi ubat-ubatan adalah 7 hari.

 

  • Kaunseling ubat-ubatan kepada pesakit wad 

 

  • Bed side dispensing 

Perkhidmatan bed-side dispensing disediakan untuk semua wad bagi pesakit-pesakit discaj. Preskripsi-preskripsi pesakit discaj untuk bedside dispensing mesti dihantar ke Farmasi Satelit 1 mengikut jadual yang telah ditetapkan.

 

  • Pembekalan ubat kepada pesakit discaj dari wad

C. Farmasi Logistik

D. Farmasi Pengeluaran

E. Farmasi Farmakoterapi

Farmasi Farmakoterapi menyediakan perkhidmatan farmasi klinikal secara cekap, selamat dan berkesan bagi menyokong proses perawatan pesakit di dalam wad.

 

Unit ini turut menyediakan Perkhidmatan Farmakokinetik Klinikal bagi memastikan setiap pesakit menerima penjagaan kesihatan yang berkualiti melalui pemantauan terapi ubat yang optimum, selamat dan berkesan.

 

Perkhidmatan Farmakokinetik Klinikal (CPS) melibatkan pengurusan ubat-ubatan yang mempunyai julat terapeutik yang sempit (narrow therapeutic range). 

 

Aktiviti CPS merangkumi pemantauan dos ubat-ubatan berada dalam julat terapeutik yang disyorkan, menentukan dos terapeutik ubat yang optimum berdasarkan keadaan klinikal pesakit, memantau ketoksikan dan pematuhan pesakit terhadap ubat-ubatan.

 

Perkhidmatan CPS dilakukan mengikut Polisi dan Garis Panduan Perkhidmatan Farmasi Farmakokinetik Klinikal terkini yang dikeluarkan oleh KKM.

BORANG-BORANG JABATAN FARMASI 

A.Farmasi Ambulatori

B. Farmasi Pesakit Dalam

C. Farmasi Logistik 

D. Farmasi Pengeluaran

E. Farmasi Farmakoterapi

 

Waktu Operasi

A.Farmasi Ambulatori

B. Farmasi Pesakit Dalam

C. Farmasi Logistik 

D. Farmasi Pengeluaran

E. Farmasi Farmakoterapi

 

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan Farmasi Pesakit Luar

  • Memastikan ubat-ubatan yang betul dibekalkan dalam tempoh tidak melebihi 30 minit bagi preskripsi yang lengkap diterima.

Piagam Pelanggan Farmasi Pesakit Dalam

  • Memastikan pembekalan ubat-ubatan yang betul ke wad atau unit bagi preskripsi atau pesanan yang lengkap diterima dalam tempoh masa 4 jam semasa waktu pejabat.

Piagam Pelanggan Farmasi Logistik

  • Membekalkan item standard kepada pemesan tidak melebihi 4 hari bekerja selepas pesanan yang lengkap diterima

  • Membekalkan item bukan standard kepada pemesan  selepas pesanan yang lengkap diterima, tidak melebihi 14 hari bekerja selepas bekalan diterima di Farmasi Logistik.

 

HUBUNGI KAMI
 

HOSPITAL PASIR GUDANG
Jalan Puncak 1,
81700 Pasir Gudang,
Johor Darul Ta'zim.

Tel : 07-298 100
Emel : hpg@moh.gov.my

 
TARIKH KEMASKINI :
Hak Cipta Terpelihara© 2026 Hospital Pasir Gudang