Pengenalan
Jabatan Kecemasan dan Trauma (JKT) merupakan pusat rujukan bagi Hospital Tahap 2 yang menyediakan perkhidmatan Perubatan Kecemasan dan Trauma secara 24 jam, termasuk rawatan pra-hospital serta rawatan kecemasan di hospital.
Jabatan ini bertanggungjawab memberikan rawatan kecemasan kepada pesakit dengan matlamat menyelamatkan nyawa, memelihara fungsi tubuh, dan mencegah komplikasi. Selain itu, jabatan ini sentiasa berada dalam keadaan bersedia menghadapi insiden bencana yang melibatkan bilangan mangsa yang ramai.
Visi, Misi & Objektif
Visi:
Perkhidmatan kecemasan yang efisien, penjagaan pesakit berkualiti, dan kebajikan staf yang terpelihara asas kecemerlangan perkhidmatan
Misi:
i. Menyediakan rawatan kecemasan yang cepat, tepat, dan berkualiti tinggi kepada semua pesakit tanpa mengira latar belakang.
ii. Mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan kondusif bagi menyokong kesejahteraan mental dan fizikal staf.
iii. Meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan melalui latihan berterusan, penggunaan teknologi, dan pematuhan kepada piawaian klinikal.
iv. Memupuk semangat kerja berpasukan di semua peringkat bagi memastikan kesinambungan dan keberkesanan perkhidmatan
Objektif:
i. Memastikan semua kes kecemasan menerima rawatan awal dalam tempoh masa yang ditetapkan berdasarkan keutamaan klinikal.
ii. Meningkatkan kepuasan pesakit dan keluarga terhadap kualiti perkhidmatan yang diberikan.
iii. Memastikan tahap kompetensi dan profesionalisme staf jabatan berada pada tahap optimum melalui latihan dan penilaian berkala.
iv. Mewujudkan sistem sokongan dalaman yang komprehensif bagi menjaga kesejahteraan mental dan fizikal petugas barisan hadapan.
v. Memperkukuh pengurusan sumber manusia dan logistik untuk menyokong kesinambungan operasi jabatan secara holistik.
Direktori
Emel:
Nombor Sambungan: 1124
Perkhidmatan Kami
Jabatan Kecemasan dan Trauma (JKT) menawarkan perkhidmatan:
-
Sistem Triage
-
Rawatan Klinikal Kecemasan
-
Perkhidmatan Subspecialty berkaitan termasuk tetapi tidak terhad kepada rawatan rapi kecemasan, rawatan trauma kecemasan, toksikologi, dan toksinologi.
-
Rawatan Pra-Hospital dan Perkhidmatan Ambulans (PHCAS):
- Perkhidmatan Ambulans Kecemasan (belum beroperasi)
- Pemindahan antara fasiliti
- Pengurusan bencana dan insiden melibatkan mangsa yang ramai (belum beroperasi)
- Liputan perubatan bagi perhimpunan atau majlis yang besar (belum beroperasi)
5. Latihan dan Pembangunan Profesional untuk kakitangan.
Piagam Pelanggan
Bagi memenuhi keperluan kecemasan pesakit, Jabatan Kecemasan dan Trauma komited untuk memberikan rawatan yang cepat dan tepat berdasarkan Polisi EMTS 2012 serta Malaysian Triage Scale (MTS) 2022. Semua pesakit yang melalui kaunter triage primer akan dikategorikan seperti berikut:
-
Jika pesakit dikategorikan sebagai Resusitasi (Tahap 1), mereka akan diperiksa serta-merta oleh doktor.
-
Jika pesakit dikategorikan sebagai Kecemasan (Tahap 2), mereka akan diperiksa oleh doktor dalam tempoh 10 minit.
-
Jika pesakit dikategorikan sebagai Urgent / Segera (Tahap 3), mereka akan diperiksa dalam tempoh 30 minit.
-
Jika pesakit dikategorikan sebagai Early Care / Awal Rawatan (Tahap 4), mereka akan diperiksa dalam tempoh 60 minit.
-
Jika pesakit dikategorikan sebagai Rutin (Tahap 5), mereka akan diperiksa dalam tempoh 90 minit atau boleh dirujuk ke klinik pesakit luar.