Pengenalan
-
Jabatan Obstetrik dan Ginekologi (O&G) merupakan pusat rujukan dan rundingan bagi pengurusan ibu hamil, ibu selepas bersalin yang berisiko tinggi, serta pesakit dengan masalah sakit puan. Jabatan ini dijangka beroperasi pada kadar tinggi selaras dengan kepadatan populasi di Pasir Gudang.
-
PAC (Patient Assessment Centre) & EPAU (Early Pregnancy Assessment Unit): Aras 1
-
Klinik Pakar O&G: Aras 2
-
Dewan Bersalin: Aras 3, dilengkapi 12 bilik bersalin, 4 bilik pemantauan rapi, dan 2 Bilik Bedah Materniti
-
Pembedahan Ginekologi: Aras 3
Wad O&G: Aras 4
-
Wad Pediatrik: Aras 5
Wad Pembedahan Lelaki & Perempuan: Aras 5
Visi, Misi & Objektif
Visi:
Jabatan Obstetrik dan Ginekologi wujud sebagai jabatan yang dapat memenuhi hak pelanggan berteraskan perkhidmatan yang profesional, cekap, selamat dalam suasana mesra dan harmoni.
Misi:
-
Memberi dan menjamin tahap perkhidmatan yang selamat, berkesan dan bermutu tinggi kepada pesakit.
-
Menuju ke arah Hospital Rakan Bayi dan “Pain Free Hospital”.
-
Meneruskan program latihan yang mencukupi untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran bagi mencapai tahap perkhidmatan yang bermutu tinggi.
Objektif:
-
Memastikan kes kecemasan Obstetrik dan Ginekologi diberi rawatan awal dalam masa 30 minit pendaftaran. (80 % sasaran)
-
Sempena penjagaan mesra ibu dan ke arah status Hospital Rakan Bayi, digalakkan peneman “companionship“ menemani pesakit semasa bersalin mengikut syarat yang dibenarkan. (30% sasaran)
Waktu Operasi
KLINIK PAKAR OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI
Isnin - Khamis
8:00 pagi – 1:00 t/hari
1.00 t/hari - 2.00 petang (Rehat)
2:00 petang – 5:00 petang
Jumaat
8:00 pagi – 12:15 tengah hari
12.15 t/hari - 2.45 petang (Rehat)
2:45 petang – 5:00 petang
Sabtu, Ahad, Cuti Umum
Tutup
Wad Obstetrik dan Ginekologi - 24 Jam