Visi, Misi & Objektif
Visi:
“Kesihatan Mata Yang Unggul” bermaksud mencapai keunggulan / kecemerlangan dalam penyampaian kesihatan mata. Jabatan Oftalmologi komited menjadi pusat rawatan oftalmologi yang unggul dan cemerlang dalam memberikan perkhidmatan yang efisien, mesra pelanggan dan profesional. Menggalakkan kesedaran & pencegahan penyakit mata, meningkatkan kesihatan mata dan kualiti hidup pesakit. bersesuaian, mesra pelanggan dan profesional.
Misi:
Kami bertekad bekerja sebagai satu pasukan untuk:
-
Menjadi pusat rujukan Oftalmologi yang cemerlang.
-
Memberikan perkhidmatan penjagaan mata yang profesional, efektif dan efisien.
-
Meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan kesihatan mata & pencegahan penyakit serta rehabilitasi
-
meningkatkan aksesibiliti kepada perkhidmatan mata
-
Menyediakan kemudahan pembelajaran berterusan dan peningkatan kerjaya
-
Terlibat dalam penyelidikan klinikal demi peningkatan penyampaian rawatan kepada pesakit
Objektif:
-
Menyediakan perkhidmatan Oftalmologi dari pengesanan dan perawatan, pembedahan dan pemulihan kepada pesakit-pesakit yang memerlukannya. Jabatan Oftalmologi juga memberi perkhidmatan secara perundingan kepada hospital-hospital daerah di negeri Johor.
-
Mengurangkan kadar kebutaan dengan cara pengesanan awal, perawatan/ pembedahan yang berkesan dan pencegahan penyakit
-
Menyertai dalam bidang latihan untuk pelajar perubatan, sarjana perubatan keluarga (FMS), perubatan kecemasan (EP), pelajar optometri dan paramedik
Perkhidmatan Kami
-
Perkhidmatan Pesakit Luar
-
Perkhidmatan Pesakit Dalam
-
Perkhidmatan Pembedahan Mata Elektif dan Kecemasan
-
Perkhidmatan Optometri
Waktu Operasi
Hari : Isnin hingga Jumaat
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tutup : Sabtu , Ahad dan Cuti Umum
Piagam Pelanggan
Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara profesional, selamat, mesra, penyayang & berkualiti.
1. Masa menunggu untuk dirawat oleh doktor
a. Sasaran : 80% pesakit dirawat dalam masa kurang daripada 60 minit. (Bagi kes yang diberi temujanji untuk berjumpa doktor)
2. Maklumat akan diberikan kepada pelanggan berkenaan penyakit dan rawatan
3. Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin.
4. Kemudahan dan persekitaran yang selesa dan selamat disediakan

