Pengenalan
-
Jabatan Ortopedik merupakan salah satu jabatan utama yang menyediakan perkhidmatan kepakaran trauma dan ortopedik am. Selain itu, jabatan ini juga menawarkan perkhidmatan sub kepakaran dalam Foot & Ankle Surgery.
Jabatan Ortopedik menerima rujukan kes-kes ortopedik dan trauma dari kawasan tengah dan timur Johor Bahru, khususnya dari Bandaraya Pasir Gudang. Bagi kes-kes subkepakaran Foot & Ankle Surgery, jabatan ini menerima rujukan daripada semua hospital kerajaan dan swasta di seluruh negeri Johor serta negeri Melaka.
Wad Pediatrik: Aras 5
Wad Pembedahan Lelaki & Perempuan: Aras 5
Visi, Misi & Objektif
Visi:
Misi:
Misi Jabatan Ortopedik, Hospital Pasir Gudang adalah melaksanakan perkhidmatan dengan berlandaskan ciri-ciri Budaya Korporat, Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu Professionalisma, Perkhidmatan Penyayang dan Kerja Berpasukan.
Objektif:
Perkhidmatan Kami
Jabatan Ortopedik menawarkan perkhidmatan:
-
Pembedahan Ortopedik Am dan Trauma
-
Servis Subkepakaran - Foot and Ankle Surgery
-
Pesakit dalaman (In-Patient Care)
-
Klinik Pakar Ortopedik & Trauma (Outpatient Care)
-
Pembedahan (Pembedahan Elektif, Pembedahan Trauma, Pembedahan Kecemasan, Pembedahan Daycare)
Waktu Operasi
KLINIK PAKAR ORTOPEDIK
Isnin - Khamis
8:00 pagi – 1:00 t/hari
1.00 t/hari - 2.00 petang (Rehat)
2:00 petang – 5:00 petang
Jumaat
8:00 pagi – 12:15 tengah hari
12.15 t/hari - 2.45 petang (Rehat)
2:45 petang – 5:00 petang
Sabtu, Ahad, Cuti Umum
Tutup
Wad Ortopedik - 24 Jam
Piagam Pelanggan
Jabatan Ortopedik berazam dan beriltizam untuk memberi rawatan dalam bidang ortopedik kepada semua pesakit yang mempunyai masalah ortopedik berasaskan prinsip kerja dan wawasan yang digarapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.