Visi, Misi & Objektif
Visi:
Memberi Perkhidmatan diagnostik yang komprehensif dan berkualiti yang inovatif, cekap dan kos efektif
Misi:
Bekerjasama sebagai satu pasukan untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap, boleh dipercayai dan berkualiti ke arah mencapai kecemerlangan dalam penjagaan kesihatan pesakit yang disampaikan dalam persekitaran yang penyayang dan mesra
Misi:
Misi Jabatan Ortopedik, Hospital Pasir Gudang adalah melaksanakan perkhidmatan dengan berlandaskan ciri-ciri Budaya Korporat, Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu Professionalisma, Perkhidmatan Penyayang dan Kerja Berpasukan.
Objektif:
Menyampaikan keputusan ujian berkualiti dalam masa yang ditetapkan untuk ujian berikut:
-
Ujian yang digunakan untuk mendiagnosis dan memantau kemajuan penyakit atau rawatan
-
Ujian yang boleh digunakan untuk saringan penyakit pada pesakit tanpa gejala atau sebagai alat untuk pengawasan penyakit tertentu.
-
Makmal akan mencuba untuk mencapai, memantau, menyemak dan menambah baik semua matlamat dan objektif kualiti yang dipantau secara berkala di mana-mana peringkat
-
Makmal akan mencuba membekalkan darah dan produk darah yang selamat kepada pesakit,
Lain-lain (News)
🩸 LANGKAH BETUL. SAMPEL BETUL. KEPUTUSAN TEPAT.
Setiap sampel yang diambil membawa amanah besar terhadap keselamatan pesakit.
Kesilapan kecil semasa proses pengambilan, pelabelan atau penghantaran sampel boleh memberi kesan besar terhadap rawatan dan nyawa pesakit.
Jabatan Patologi Hospital Pasir Gudang komited memastikan setiap prosedur dipatuhi dengan teliti melalui:
✅ Pengesahan identiti pesakit yang tepat
✅ Pengambilan sampel mengikut prosedur standard
✅ Pelabelan yang betul dan jelas
✅ Penghantaran sampel yang selamat dan berkualiti
💉 Pastikan setiap langkah dilakukan dengan tepat sejak awal kerana keselamatan pesakit adalah tanggungjawab kita bersama.
#KeselamatanPesakit
#RightStepRightSampleRightResult
#JabatanPatologiHPG
#HospitalPasirGudang