JABATAN PEDIATRIK

Pengenalan

Jabatan Pediatrik menyediakan perkhidmatan perubatan bagi pesakit bayi dan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun. Perkhidmatan pesakit luar merangkumi Klinik Pediatrik dan Unit Rawatan Harian Pediatrik (PDC), manakala perkhidmatan pesakit dalam terdiri daripada Wad Pediatrik, Wad Perawatan Rapi Bayi (NICU), Wad Perawatan Khas Bayi (SCN) serta Wad Perawatan Intensif Pediatrik (PICU/PHDU).

  • Klinik Pediatrik: Aras 2

  • Unit Rawatan Harian Pediatrik (PDC): Aras 4

  • Wad Perawatan Bayi (NICU & SCN) dan PICU/PHDU: Aras 3

Wad Pediatrik: Aras 5

Wad Pembedahan Lelaki & Perempuan: Aras 5

 

Visi, Misi & Objektif

Visi:

Untuk menjadi sebuah jabatan yang mesra, penyayang dan terhormat dalam memberikan penjagaan kesihatan pediatrik yang bertaraf, melalui promosi kesejahteraan; pencegahan dan rawatan pesakit; serta pemulihan kesihatan

 

Misi:

Untuk memberikan rawatan perubatan holistik yang berkualiti kepada pesakit serta ibu bapa atau penjaga mereka dengan mengamalkan konsep kerja berpasukan, komitmen, keprihatinan dan profesionalisme.

 

Objektif: 

Memberikan perkhidmatan diagnostik, kuratif dan rehabilitatif yang sesuai, berkesan dan efisien kepada kanak-kanak serta mengembalikan mereka kepada tahap kesihatan optimum yang boleh dicapai dengan mengurangkan kesan jangka panjang penyakit yang dihadapi. Selain itu jabatan ini juga memperjuangkan kesihatan dan kebajikan kanak-kanak dalam komuniti dengan memperkasa ibu bapa/penjaga serta masyarakat melalui pendidikan kesihatan.

 

Direktori

Emel: 

Nombor Sambungan:

 

 

Perkhidmatan Kami

Jabatan Pediatrik menawarkan perkhidmatan: 

  1. Klinik Pakar Pediatrik

  2. Wad Pediatrik

  3. Wad NICU dan SCN

  4. Bilik Pemakanan Bayi (Milk Kitchen)

  5. Wad PICU/HDU

  6. Unit Rawatan Harian Pediatrik (PDC)

 

Waktu Operasi

KLINIK PAKAR PEDIATRIK

Isnin - Khamis

8:00 pagi – 1:00 t/hari 

1.00 t/hari - 2.00 petang (Rehat)

2:00 petang – 5:00 petang

 

Jumaat

8:00 pagi – 12:15 tengah hari 

12.15 t/hari - 2.45 petang (Rehat)

2:45 petang – 5:00 petang

 

Sabtu, Ahad, Cuti Umum

Tutup

 

Wad Pediatrik - 24 Jam

 

HUBUNGI KAMI
 

HOSPITAL PASIR GUDANG
Jalan Puncak 1,
81700 Pasir Gudang,
Johor Darul Ta'zim.

Tel : 07-298 100
Emel : hpg@moh.gov.my

 
TARIKH KEMASKINI :
Hak Cipta Terpelihara© 2026 Hospital Pasir Gudang