JABATAN PEMBEDAHAN AM

Pengenalan

Jabatan Pembedahan Am menyediakan perkhidmatan pembedahan am bagi pesakit dewasa, termasuk Klinik Pakar Pesakit Luar, wad pembedahan lelaki dan perempuan untuk pesakit dalam, Pusat Endoskopi, Pusat Rawatan Harian Pembedahan, serta Dewan Bedah.

  • Klinik Pakar Pembedahan Am: Aras 2

  • Dewan Bedah: Aras 3

  • Pusat Endoskopi & Pusat Rawatan Harian Pembedahan: Aras 4

Wad Pembedahan Lelaki & Perempuan: Aras 5

 

Visi, Misi & Objektif

Visi:

Untuk menjadi satu pusat yang cemerlang dan selamat dalam memberikan perkhidmatan pembedahan am.

 

Misi:

Untuk memberikan perkhidmatan yang profesional dan holistik kepada pesakit. Kami juga berharap akan dapat melahirkan para doctor dan pakar bedah yang profesional , berintegriti serta kempeten di samping mengamalkan nilai-nilai etika yang baik serta nilai kerjasama berpasukan

 

Objektif: 

 

Memberikan perkhidmatan yang efektif di peringkat yang optimal yang merangkumi diagnosis and rawatan awal di dalam persekitaran yang selesa dan meningkatkan taraf Kesihatan Masyarakat, serta memperkukuhkan slogan ‘safe surgery safe life’

 

Direktori

Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Nombor Sambungan

Klinik Pembedahan : 2311,1023

Pusat Endoskopi : 4111

 

 

Perkhidmatan Kami

Jabatan Pembedahan Am menawarkan perkhidmatan: 

  1. Klinik Pakar Pembedahan Am

  2. Pesakit Dalam di Wad Pembedahan Lelaki dan Perempuan

  3. Endoskopi di Pusat Endoskopi di dalam Pusat Rawatan Harian

  4. Pembedahan di Dewan Bedah 

  5. Pembedahan rawatan harian melalui  Pusat Rawatan Harian Pembedahan

 

Waktu Operasi

KLINIK PAKAR PEMBEDAHAN AM

Isnin - Khamis

8:00 pagi – 1:00 t/hari 

1.00 t/hari - 2.00 petang (Rehat)

2:00 petang – 5:00 petang

 

Jumaat

8:00 pagi – 12:15 tengah hari 

12.15 t/hari - 2.45 petang (Rehat)

2:45 petang – 5:00 petang

 

Sabtu, Ahad, Cuti Umum

Tutup

 

Wad Pembedahan Am - 24 Jam

 

HUBUNGI KAMI
 

HOSPITAL PASIR GUDANG
Jalan Puncak 1,
81700 Pasir Gudang,
Johor Darul Ta'zim.

Tel : 07-298 100
Emel : hpg@moh.gov.my

 
TARIKH KEMASKINI :
Hak Cipta Terpelihara© 2026 Hospital Pasir Gudang