Pengenalan
Jabatan Pergigian Pediatrik melalui Perkhidmatan Kepakaran Pergigian Pediatrik merupakan salah satu perkhidmatan khusus yang ditawarkan oleh Program Bahagian Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia. Jabatan ini memberikan rawatan komprehensif kepada kanak-kanak, termasuk bayi, kanak-kanak prasekolah, murid sekolah, remaja serta kanak-kanak berkeperluan khas.
Perkhidmatan yang disediakan memberi tumpuan kepada pencegahan, diagnosis dan rawatan masalah pergigian pada kanak-kanak. Ini merangkumi rawatan karies gigi, trauma pergigian, masalah perkembangan gigi serta pengurusan pesakit yang memerlukan pendekatan khusus seperti rawatan di bawah sedasi atau bius am.
Dengan kepakaran dan pendekatan mesra kanak-kanak, jabatan ini komited untuk memastikan kesihatan pergigian kanak-kanak berada pada tahap optimum sejak peringkat awal kehidupan.
Visi, Misi & Objektif
Visi:
Klinik Pakar Pergigian Pediatrik ini beriltizam untuk menjadi pusat kecemerlangan bagi Perkhidmatan Pergigian Pediatrik yang mampu menyediakan rawatan kesihatan oral yang komprehensif melalui sistem kesihatan yang mampu dibayar semua lapisan masyarakat, lengkap dengan teknologi terkini dan berasaskan pesakit.
Misi:
Meningkatkan kualiti hidup populasi kanak-kanak melalui promosi kesihatan oral dan penyediaan kesihatan oral yang:
-
Dapat memenuhi keperluan pesakit.
-
Mempunyai teknologi yang mencukupi dan terkini.
-
Diberikan oleh kakitangan yang terlatih dengan profesionalisme, bersikap prihatin dan mempunyai semangat bekerja secara berpasukan dan suasana kondusif.
Objektif:
Direktori
Emel:
Emel:
Nombor Sambungan:1026 / 2611
Perkhidmatan Kami
Jabatan Pergigian Pediatrik menawarkan perkhidmatan rawatan kepada kanak-kanak berumur 0-16 tahun yang dirujuk:
-
Rawatan oral dan pergigian kanak-kanak berkeperluan khas serta bermasalah perubatan, kelainan upaya fizikal dan/atau pembelajaran termasuk kanak-kanak mempunyai sindrom.
-
Rawatan pembedahan mulut kanak-kanak (oral surgery).
-
Rawatan perubatan mulut serta patologi mulut bayi dan kanak-kanak.
-
Rawatan trauma pergigian (kecederaan pergigian dan tisu lembut) serta tulang rahang kanak-kanak.
-
Rawatan serta rujukan "advanced dentisry" - restoratif kompleks.
-
Pembentukan prothesis oro-fasial seperti "feeding plate" , "haemostatic splint", splint pelindung bagi bayi klef sumbing bibir/lelangit.
-
Rawatan pergigian komprehensif dan pembedahan mulut di bawah bius am.
-
Rawatan endodontik termasuk apeksifikasi atau revakularisasi gigi trauma atau akar tidak matang.
Waktu Operasi
JABATAN PERGIGIAN PEDIATRIK
Isnin - Khamis
8:00 pagi – 1:00 t/hari
1.00 t/hari - 2.00 petang (Rehat)
2:00 petang – 5:00 petang
Jumaat
8:00 pagi – 12:15 tengah hari
12.15 t/hari - 2.45 petang (Rehat)
2:45 petang – 5:00 petang
Sabtu, Ahad, Cuti Umum
Tutup
Piagam Pelanggan
Kewajipan Anggota Jabatan Pergigian Pediatrik, Hospital Pasir Gudang
Kami sentiasa komited dan berusaha untuk memastikan bahawa:
-
Semua pelanggan, khususnya kanak-kanak dan penjaga, dilayan dengan mesra, sopan dan cekap;
-
Semua pelanggan diberikan maklumat yang jelas mengenai perkhidmatan pergigian pediatrik yang disediakan;
-
Semua pelanggan yang mempunyai janji temu berpeluang berjumpa dengan pegawai berkenaan dalam tempoh 15 minit dari masa yang ditetapkan.
Kewajipan Pelanggan
Pelanggan adalah diingatkan untuk:
-
Membawa dokumen yang diperlukan berkaitan urusan rawatan pergigian;
-
Menepati masa janji temu yang telah ditetapkan atau memaklumkan kepada pihak jabatan sekiranya tidak dapat hadir;
-
Menggunakan kemudahan yang disediakan dengan penuh tanggungjawab;
-
Bekerjasama dengan memberi maklumat yang benar, tepat dan lengkap berkaitan masalah pergigian yang dihadapi oleh anak/pesakit.
