JABATAN PERUBATAN DALAMAN

Pengenalan

Jabatan Perubatan Dalaman menyediakan perkhidmatan perubatan am bagi pesakit dewasa iaitu perkhidmatan Klinik Pakar untuk pesakit luar, wad perubatan lelaki dan perempuan untuk pesakit dalam, rawatan hemodialisis, serta Pusat Rawatan Harian Perubatan.

  • Klinik Pakar Perubatan Dalaman: Aras 2

  • Pusat Rawatan Harian Perubatan: Kompleks Pusat Rawatan Harian, Aras 4

Wad Perubatan Lelaki dan Perempuan: Aras 6 (kapasiti 56 katil)

 

 

Visi, Misi & Objektif

Visi:

Menyediakan perkhidmatan perubatan pakar yang berkualiti, selamat dan berkesan, berlandaskan profesionalisme, integriti dan inovasi untuk kesejahteraan rakyat.

 

Misi:

Menyediakan perkhidmatan perubatan pakar yang efisien dan mesra pelanggan dengan menekankan kualiti, keselamatan dan keberkesanan rawatan; memelihara nilai profesionalisme dan integriti; serta memperkasakan inovasi demi kesejahteraan masyarakat.

 

Objektif: 

Menyediakan rawatan pakar yang komprehensif dan berasaskan bukti kepada semua lapisan masyarakat.

  1. Meningkatkan tahap kepuasan pelanggan melalui sistem penyampaian perkhidmatan yang cekap dan mesra.

  2. Memastikan penggunaan sumber yang optimum bagi menjamin keberkesanan dan kelestarian perkhidmatan.

  3. Memperkasa pembangunan kompetensi dan etika profesional dalam kalangan warga hospital.

  4. Menyokong aktiviti penyelidikan dan pendidikan dalam bidang perubatan dan kesihatan.

 

 

Direktori

Emel: 

Nombor Sambungan:

Kaunter Klinik Perubatan Dalaman: 1021/2111

 

 

Perkhidmatan Kami

Jabatan Perubatan Dalaman menawarkan perkhidmatan: 

  1. Rawatan pesakit dalam.

  2. Klinik pakar perubatan.

  3. Klinik subkepakaran lawatan dari Hospital Sultan Ismail.

  4. Hemodialisis.

  5. Rujukan ke hospital tertiary.

  6. Perkhidmatan diagnostik.

Perkhidmatan pendidikan kesihatan (ie: diabetic educator counselling, TB counselling, RVD counselling, Heart Failure).

 

 

Waktu Operasi

Klinik Pakar Perubatan Dalaman:

Isnin - Khamis

8:00 pagi – 1:00 t/hari 

1.00 t/hari - 2.00 petang (Rehat)

2:00 petang – 5:00 petang

Jumaat

8:00 pagi – 12:15 tengah hari 

12.15 t/hari - 2.45 petang (Rehat)

2:45 petang – 5:00 petang

Sabtu, Ahad, Cuti Umum

Tutup

Wad Perubatan Am - 24 Jam

 

 

Piagam Pelanggan

Kami, warga Hospital Kerajaan, dengan penuh tanggungjawab dan komitmen berjanji untuk:

  1. Memberi perkhidmatan perubatan yang berkualiti, selamat dan berkesan kepada semua pelanggan tanpa mengira latar belakang, bangsa, agama atau status sosial.

  2. Mengutamakan pelanggan dengan layanan yang sopan, mesra, berhemah dan profesional dalam setiap interaksi.

  3. Memastikan pelanggan menerima rawatan dalam tempoh yang munasabah, berdasarkan keperluan klinikal dan tahap keseriusan penyakit.

  4. Menjaga kerahsiaan maklumat peribadi dan rekod perubatan pelanggan mengikut undang-undang dan etika profesional.

  5. Memberi maklumat yang jelas, tepat dan mudah difahami berkaitan diagnosis, rawatan dan pilihan penjagaan kesihatan.

 

HUBUNGI KAMI
 

HOSPITAL PASIR GUDANG
Jalan Puncak 1,
81700 Pasir Gudang,
Johor Darul Ta'zim.

Tel : 07-298 100
Emel : hpg@moh.gov.my

 
TARIKH KEMASKINI :
Hak Cipta Terpelihara© 2026 Hospital Pasir Gudang