JABATAN REKOD PERUBATAN

Pengenalan

Jabatan Rekod Perubatan berperanan dalam memberikan perkhidmatan seperti berikut mengikut garis panduan dan prosedur yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

Antara skop perkhidmatan utama adalah :

  1. Pengurusan Rekod Perubatan Pesakit, Kad Trauma, Kad Non-Trauma dan Filem X-Ray.

  2. Pengurusan Laporan Perubatan, Lembaga Perubatan dan Medico Legal

  3. Pengurusan Statistik

 

Visi, Misi & Objektif

Visi:

Sebagai Pusat Informasi dan Pengumpulan Dokumentasi Pesakit

 

Misi:

Memberi perkhidmatan terbaik berdasarkan kepuasan pelanggan dengan mengamalkan budaya korporat.

 

Objektif: 

UMUM

Menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan pengumpulan, penganalisaan dan pembekal maklumat kesihatan bagi kegunaan pihak pengurusan bagi tujuan penilaian dan perancangan perkhidmatan perawatan pesakit yang lebih berkualiti di hospital dan Kementerian Kesihatan Malaysia amnya.



KHUSUS

 

  • Menyedia, mengurus dan menyelenggara Rekod Perubatan Pesakit Dalam, Kad Trauma, Kad Non-Trauma dan Filem X-Ray yang dipohon dalam masa yang ditetapkan.

  • Memastikan semua dokumen disimpan dan dipelihara dengan baik dan selamat.

  • Memastikan pencapaian 90% Laporan Perubatan siap dalam tempoh 28 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima. 

  • Memastikan 95% Rekod Perubatan Pesakit Dalam dihantar ke Jabatan Rekod Perubatan dalam tempoh 72 jam selepas pesakit discaj.

  • Memastikan proses urusan Persidangan Lembaga Perubatan dapat dijalankan dengan lancar.

  • Memastikan proses urusan Persidangan Jawatankuasa Penyiasatan Bebas dapat dijalankan dengan lancar dan laporan dihantar kepada Jabatan Kesihatan Negeri Johor dan Bahagian Amalan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

  • Menyediakan data kesihatan yang berkualiti.

 

 

Direktori

 

Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Nombor Sambungan: 

 

BIL

NAMA

NOMBOR SAMBUNGAN

1

UNIT LAPORAN PERUBATAN / MEDICO LEGAL

8312 / 8325

2

UNIT REKOD PERUBATAN PESAKIT (RPP)

8318

3

UNIT STATISTIK

8321

4

KETUA JABATAN

1083

5

PENOLONG PEGAWAI TADBIR

8319 / 8320

 

 

Perkhidmatan Kami

 

Skop Perkhidmatan Jabatan Rekod Perubatan :

 

  1. Pengurusan Rekod Perubatan Pesakit (RPP)

 

  • Menyimpan dan menyelenggara rekod-rekod Pesakit Dalam (RPP), X-Ray

  • Penyediaan Rekod Perubatan Pesakit bagi Permohonan Laporan, peminjaman Wad dan Klinik

  • Mengendalikan peminjaman X-Ray untuk rawatan pesakit

  • Pelupusan Dokumen Pesakit (mengikut Garis Panduan Pengendalian dan Pengurusan Rekod Perubatan Pesakit di Fasiliti KKM)

 

  1. Laporan Perubatan & Medico Legal

 

  • Menguruskan permohonan Laporan Perubatan dari pelbagai pihak dan agensi seperti orang awam, Polis, Peguam, Insuran dan lain-lain

  • Mengendalikan dokumen bagi kes-kes Perundangan Perubatan / Medico Legal

  • Mengendalikan persidangan Jemaah Perkeso dan KWSP

  • Pengesahan Lewat Kelahiran

 

JENIS LAPORAN

 

BAYARAN

WARGANEGARA

BUKAN WARGANEGARA

Laporan Perubatan Biasa

RM 40.00

RM 120.00

Laporan Perubatan Ringkas Pakar

RM 80.00

RM 240.00

Laporan Perubatan Pakar Terperinci

RM 200 - RM 1,000

RM 400 - RM 2,000

Laporan CT Scan / MRI

RM 200.00

RM 400.00

Laporan Pendua

RM 20.00

RM 20.00

TERMA & SYARAT:

1. Caj tambahan boleh dikenakan tertakluk kepada jenis laporan yang disediakan.

2. Pembayaran boleh dibuat secara :

  • Tunai (dibayar di Unit Hasil pada waktu pejabat)

  • Cek

  • Wang Pos

  • Bank Draf

(atas nama Pengarah Hospital Pasir Gudang)

DOKUMEN SOKONGAN BAGI PERMOHONAN LAPORAN PERUBATAN / LAPORAN BEDAH SIASAT

  1. Salinan Kad Pengenalan (Pesakit / Waris / Saksi), Surat Beranak (bagi pesakit bawah umur 18 tahun) dan Pasport (Bukan Warganegara).

  2. Salinan kad rawatan / temujanji pesakit (muka depan & belakang) / Bil Hospital sebagai bukti rawatan.

  3. Salinan cuti sakit (semua CUTI SAKIT/MC yang diterima dari Hospital Pasir Gudang sahaja).

  4. Salinan Sijil Kematian, Permit Penguburan, Sijil Nikah / Perkahwinan dan slip post mortem (jika ada) *bagi kes kematian sahaja.

  5. Bagi bukan warganegara yang tiada waris, sila dapatkan surat kebenaran dan kedutaan Negara berkenaan.

  6. Borang-borang tuntutan yang berkaitan (Perkeso, KWSP, Insurans, SPIKPA,  MySalam).

  7. Salinan laporan polis bagi kes kecederaan atau kemalangan.

C. Statistik

  • Melaksanakan aktiviti pengekodan ke atas semua penyakit dan prosedur yang didokumenkan ke atas borang PD301 dengan menggunakan International Statistical Classification of Disease and Related Health Problems, 11th Revision (ICD-11) serta Prosedur ICD-9CM

  • Mengumpul, menyediakan Reten Bulanan kesihatan seperti Reten Pesakit Luar, Reten Rawatan Harian,Buku Daftar Sokongan Klinikal, Buku Daftar Kelahiran, Kematian serta Pembedahan untuk dihantar ke Unit Rekod Perubatan, Jabatan Kesihatan Negeri Johor.

 

 

Waktu Operasi

WAKTU BEROPERASI :

 

Isnin - Khamis                                  

08.00 pagi – 01.00 petang

Rehat (1.00 petang - 2.00 petang)           

2.00 petang – 4.30 petang            

 

Jumaat

08.00 pagi – 12.15 tengahari

Rehat (12.15 tengahari - 2.45 petang)

2.45 petang – 4.30 petang

 

Tutup : Sabtu & Ahad / Cuti Kelepasan Am

 

Piagam Pelanggan

  • Rekod Perubatan Pesakit akan disimpan dengan selamat dan dirahsiakan.

 

HUBUNGI KAMI
 

HOSPITAL PASIR GUDANG
Jalan Puncak 1,
81700 Pasir Gudang,
Johor Darul Ta'zim.

Tel : 07-298 100
Emel : hpg@moh.gov.my

 
TARIKH KEMASKINI :
Hak Cipta Terpelihara© 2026 Hospital Pasir Gudang