Pengenalan
Unit Dasar Perubatan Dan Perancangan Perkhidmatan Klinikal menggubal dasar dan perancangan strategik, menyelaras perkhidmatan kesihatan, memantau dan mengaplikasikan kaedah perubatan terkini, serta merancang dan membimbing pembangunan sumber manusia dalam sektor kesihatan. Unit ini berperanan dalam mengenal pasti isu kualiti dan keselamatan, menetapkan dasar kualiti, serta memantau pencapaian kualiti perkhidmatan untuk memastikan tindakan penambahbaikan dijalankan, termasuk membangunkan polisi dan program yang bersesuaian.
Visi, Misi & Objektif
Visi:
Menjadi peneraju dalam pembangunan dasar perubatan dan perancangan perkhidmatan klinikal yang bersepadu, inovatif dan berkualiti bagi memastikan sistem kesihatan hospital yang efisien, selamat dan mampan.
Misi:
-
Merangka dasar perubatan yang selaras dengan hala tuju dan strategi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
-
Menyelaras perancangan perkhidmatan klinikal agar menepati keperluan semasa, kapasiti hospital, serta jangkaan masyarakat.
-
Memastikan tadbir urus klinikal diperkukuh melalui pembangunan polisi operasi, garis panduan dan piawaian kualiti.
-
Menilai keberkesanan pelaksanaan dasar dan perkhidmatan untuk penambahbaikan berterusan.
-
Menggalakkan integrasi, koordinasi dan kolaborasi antara jabatan serta hospital dalam kluster bagi menjamin kesinambungan rawatan.
-
Menyokong inovasi dasar dan perkhidmatan sebagai asas kepada peningkatan mutu serta daya saing sistem kesihatan.
Objektif:
-
Merangka dan menyelaras dasar perubatan di peringkat hospital agar selaras dengan hala tuju dan strategi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
-
Merancang, melaksana dan memantau perkhidmatan klinikal secara berkesan melalui pendekatan integrasi antara jabatan klinikal dan perkhidmatan sokongan.
-
Memastikan kualiti dan keselamatan perkhidmatan kesihatan melalui pengukuhan tadbir urus klinikal, pelaksanaan piawaian serta amalan berasaskan bukti.
-
Mengurus data kesihatan, Casemix dan pengekodan ICD untuk tujuan analitik, penyelidikan, penilaian prestasi dan perancangan sumber.
-
Menyokong perancangan sumber manusia klinikal bagi memastikan keseimbangan beban kerja, keberkesanan operasi dan kesinambungan perkhidmatan.
-
Membangunkan strategi perkhidmatan jangka pendek dan panjang yang berfokus kepada keperluan pesakit, keberkesanan kos, dan kelestarian hospital.
-
Menggalakkan inovasi dan penyelidikan klinikal sebagai asas kepada peningkatan mutu perkhidmatan serta pembangunan pengetahuan baharu.
-
Memperkukuh sistem komunikasi dan koordinasi hospital-kluster bagi menjamin kesinambungan rawatan, kelancaran rujukan, dan keberkesanan perkhidmatan kesihatan.
Direktori
Emel:
Emel:
Nombor Sambungan: 1118
Waktu Operasi
Isnin - Khamis
8:00 pagi – 1:00 t/hari
1.00 t/hari - 2.00 petang (Rehat)
2:00 petang – 5:00 petang
Jumaat
8:00 pagi – 12:15 tengah hari
12.15 t/hari - 2.45 petang (Rehat)
2:45 petang – 5:00 petang
Sabtu, Ahad, Cuti Umum
Tutup
