UNIT KAWALAN INFEKSI

Pengenalan

Unit Kawalan Infeksi (UKI) Hospital Pasir Gudang ditubuhkan untuk memastikan keselamatan dan kualiti penjagaan pesakit melalui pengurusan risiko jangkitan secara bersepadu. 

Dengan berlandaskan standard klinikal terkini dan garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia, unit ini bertanggungjawab merancang, melaksanakan dan menilai pelbagai strategi kawalan jangkitan. 

Antara fungsi utama UKI termasuk pemantauan kejadian infeksi, audit pematuhan amalan kawalan, siasatan kluster dan wabak serta penyediaan latihan dan khidmat nasihat kepada semua warga hospital. 

Dalam usaha membina budaya keselamatan, UKI berperanan sebagai tulang belakang kepada program keselamatan pesakit dan sebagai rakan strategik kepada jabatan perubatan, kejururawatan dan pengurusan hospital. 

Unit Kawalan Infeksi dikendalikan oleh seorang Pegawai Perubatan, Penyelia Juruarawat, Ketua Jururawat, Jururawat Kawalan Infeksi (Norm 1:110)  dan di bantu oleh link nurse setiap wad, klinik dan mana-mana lokasi yang berkaitan dengan pesakit.

 

 

Visi, Misi & Objektif

Visi:

Menjadi unit yang berkualiti tinggi dalam pencegahan dan kawalan jangkitan dengan mengamalkan “Standard Precaution”  bagi memastikan persekitaran fasiliti yang selamat, bersih dan bebas risiko jangkitan untuk pesakit, kakitangan dan pelawat.

 

Misi:

Melaksanakan program pencegahan dan kawalan jangkitan yang berkesan melalui pendidikan, pemantauan dan pematuhan piawaian, bagi mengurangkan jangkitan ke tahap yang minima.  

 

Objektif:

  1. Melaksanakan audit hand hygiene compliance yang menjadi KPI pengarah dan perlu dicapai melebihi 75% oleh anggota Kesihatan.

  2. Meningkatkan ilmu pengetahuan dan kesediaan kakitangan tentang kepentingan kawalan infeksi melalui pembelajaran secara berterusan.

  3. Melaksanakan sistem survelan kawalan infeksi yang efektif dan efisien sepanjang masa dalam mengawal kadar alert organisam  & Healthcare Associated  Infection (HCAI’S).

 

 

Direktori

Emel:This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Nombor Sambungan: 2923/2922

Perkhidmatan Kami

  1. Melaksanakan amalan “Standard Precaution” mengikut polisi dan prosedur kawalan Jangkitan KKM yang terkini.

  2. Memantau dan menilai data-data dan maklumat berkenaan survelan dan  audit .

  3. iMencegah, mengenalpasti, menyiasat serta menguruskan kejadiaan rebakan penyakit berjangkit di hospital.

  4. Merancang dan melaksanakan program latihan berkaitan pencegahan serta kawalan jangkitan secara berterusan kepada semua anggota hospital.

  5. Membantu pihak OSH dalam memastikan keselamatan serta kesihatan warga kerja Hospital Pasir Gudang.

 

 

 

Waktu Operasi

Isnin - Khamis

8:00 pagi – 1:00 t/hari 

1.00 t/hari - 2.00 petang (Rehat)

2:00 petang – 5:00 petang

 

Jumaat

8:00 pagi – 12:15 tengah hari 

12.15 t/hari - 2.45 petang (Rehat)

2:45 petang – 5:00 petang

 

Sabtu, Ahad, Cuti Umum

7:00 pagi – 02:00 petang

 

 

 

Piagam Pelanggan

Unit Kawalan Infeksi komited untuk menyediakan perkhidmatan pencegahan dan kawalan jangkitan yang cekap, beretika  demi menjamin keselamatan dan kualiti penjagaan kesihatan.

 

HUBUNGI KAMI
 

HOSPITAL PASIR GUDANG
Jalan Puncak 1,
81700 Pasir Gudang,
Johor Darul Ta'zim.

Tel : 07-298 1000
Emel : hpg@moh.gov.my

 
JUMLAH PELAWAT
004042
TARIKH KEMASKINI :

PENAFIAN: Hospital Pasir Gudang, Johor tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

Hak Cipta Terpelihara© 2026 Hospital Pasir Gudang