UNIT KEJURURAWATAN

Pengenalan

Unit Kejururawatan menyediakan perkhidmatan penjagaan perawatan yang  berkualiti kepada masyarakat sama ada sebagai pesakit dalam atau pesakit luar dengan  selamat, berkesan, prihatin dan teratur serta selaras dengan perkhidmatan lain yang  terdapat di Hospital Pasir Gudang

 

Visi, Misi & Objektif

Visi:

Menjadi pusat kecemerlangan dalam perkhidmatan kejururawatan yang  profesional, beretika, berintegriti, selamat dan berorientasikan pesakit, serta  komited dalam menyediakan penjagaan pesakit yang berkualiti tinggi  berdasarkan bukti dan inovasi terkini.

 

Misi:

Unit Kejururawatan HPG komited untuk menyediakan perkhidmatan  kejururawatan yang berkualiti dengan menitikberatkan aspek keselamatan,  profesionalisme dan kasih sayang dalam penjagaan pesakit.

 

Objektif: 

  1. Menyediakan penjagaan pesakit yang holistik dan berkualiti melalui pendekatan  yang berpusatkan pesakit, dengan memberi perhatian kepada keperluan fizikal,  emosi, mental dan sosial mereka untuk meningkatkan kualiti hidup dan  pemulihan. 

  2. Menyokong organisasi dalam penjagaan kesihatan untuk mencapai  matlamatnya dengan meningkatkan keberkesanan sistem penjagaan  melalui pengurusan sumber yang cekap, pengoptimuman proses  penjagaan, dan meningkatkan kerjasama antara profesional kesihatan  untuk menyediakan perkhidmatan berkesan dan berkualiti. 

  3. Memajukan pengetahuan dan kemahiran kejururawatan melalui Pendidikan  berterusan, penyidikan dan latihan serta mengaplikasikan ilmu terkini  dalam amalan klinikal untuk memastikan penjagaan yang selamat,  berkesan dan berinovasi untuk pesakit. 

 

 

 

Direktori

Emel:

Nombor Sambungan: 9158, 9159

 

 

Perkhidmatan Kami

Kejururawatan menawarkan perkhidmatan 

  1. Ketua Penyelia Jururawat Hospital adalah bertanggungjawab untuk memastikan Senarai Tugas bertulis untuk semua kategori jururawat disediakan sebagai rujukan. 

  2. Penerangan tugasan mestilah jelas kepada semua kakitangan dan diintegrasikan  dalam Program Orientasi Kejururawatan. 

  3. Ketua Penyelia Jururawat Hospital hendaklah memastikan semua kategori jururawat  mempunyai senarai tugas untuk setiap syif Job Allocation. 

  4. Ketua Penyelia Jururawat Hospital juga hendaklah memastikan semua kategori  jururawat menyiapkan tugasan yang telah diarahkan. 

  5. Ketua Penyelia Jururawat Hospital hendaklah menilai Pelan Pencapaian  (Performance Plan) untuk semua kategori jururawat. 

  6. Ketua Penyelia Jururawat Hospital adalah bertanggungjawab untuk memastikan  tindakan penambahbaikan diambil terhadap staf yang gagal mencapai indikator  pencapaian prestasi.

  7. Pentadbiran kejururawatan hendaklah mempunyai pernyataan yang teratur tentang  kuasa pentadbiran dengan menggariskan tugas dan tanggungjawab setiap kategori  anggota kejururawatan. 

  8. Tugasan penjagaan kejururawatan untuk setiap anggota kejururawatan mestilah  bersesuaian dengan kelayakan dan keperluan penjagaan yang telah dikenalpasti. 

  9. Jururawat Berdaftar yang mempunyai kemahiran khusus dikehendaki untuk bertugas  pada setiap masa sekiranya penjagaan kejururawatan khusus diperlukan.

 

 

Waktu Operasi

KLINIKAL 

Tiga (3) syif bagi anggota kejururawatan bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan pengurusan dan penjagaan pesakit yang berterusan  selama 24 jam. 

 

BUKAN KLINIKAL

Isnin - Khamis

8:00 pagi – 1:00 t/hari 

1.00 t/hari - 2.00 petang (Rehat)

2:00 petang – 5:00 petang

 

Jumaat

8:00 pagi – 12:15 tengah hari 

12.15 t/hari - 2.45 petang (Rehat)

2:45 petang – 5:00 petang

 

Sabtu, Ahad, Cuti Umum

Tutup

 

Piagam Pelanggan

Kami warga Unit Kejururawatan HPG komited memberikan perkhidmatan  kejururawatan yang profesional, cekap, berkualiti dan mesra kepada pelanggan  kami. 

Kami komited untuk memastikan setiap pesakit menerima penjagaan yang  terbaik demi kesejahteraan dan keselesaan mereka. Bagi mencapai matlamat  tersebut kami berjanji untuk: 

 Penyampaian Perkhidmatan Kejururawatan

  • Memberi perkhidmatan secara profesional dan mesra pelanggan, serta cekap dan selamat berdasarkan keperluan keutamaan pesakit. 

  • Menyediakan penjagaan yang berteraskan kasih sayang, hormat, dan  keprihatinan. 

  • Memberi orientasi kepada semua jururawat yang baru melapor diri untuk  memastikan mereka memahami polisi, prosedur, serta budaya kerja  hospital bagi memberikan perkhdimatan yang berkualiti. 

Masa Respons & Kecekapan 

  • Memastikan setiap pesakit menerima pemeriksaan awal dalam tempoh 30 -1  jam selepas pendaftaran atau mengikut keutamaan.

  • Memberi maklum balas terhadap aduan atau pertanyaan dalam tempoh 24  jam waktu bekerja. 

Pematuhan Piawaian dan Etika 

  • Menjalankan tugas berdasarkan amalan kejururawatan yang terkini dan  berlandaskan garis panduan profesional. 

  • Mematuhi etika kerahsiaan pesakit dan ahli keluarga serta menjaga hak-hak  pesakit dengan penuh tanggungjawab. 

Penyelidikan dan Peningkatan Berterusan 

  • Menyokong penyelidikan dalam bidang kejururawatan bagi meningkatkan  kualiti perkhidmatan.

  • Melaksanakan audit dalaman berkala bagi memastikan keberkesanan  prosedur kejururawatan. 

Kolaborasi & Kemesraan Pelanggan 

  • Sentiasa berusaha mewujudkan komunikasi dan kerja berpasukan yang baik  antara pesakit, keluarga, dan pasukan perubatan. 

  • Menyediakan pendidikan kesihatan kepada pesakit dan keluarga bagi  memastikan kesinambungan penjagaan pesakit di rumah

 

HUBUNGI KAMI
 

HOSPITAL PASIR GUDANG
Jalan Puncak 1,
81700 Pasir Gudang,
Johor Darul Ta'zim.

Tel : 07-298 100
Emel : hpg@moh.gov.my

 
TARIKH KEMASKINI :
Hak Cipta Terpelihara© 2026 Hospital Pasir Gudang