Pengenalan
PENGENALAN UNIT KEWANGAN
Unit Kewangan merupakan unit di bawah Bahagian Pengurusan Hospital Pasir Gudang yang bertanggungjawab mengurus dan mengawal selia hal ehwal kewangan, perakaunan dan terimaan selaras dengan peraturan kewangan kerajaan, Arahan Perbendaharaan serta pekeliling yang berkuat kuasa bagi memastikan pengurusan kewangan dilaksanakan secara cekap, telus dan berintegriti.
Visi,Misi&Objektif
Visi:
Menjadi peneraju perkhidmatan kewangan, perakaunan dan terimaan yang cemerlang untuk mencapai objektif organisasi.
Misi:
Unit Kewangan komited untuk memastikan perkhidmatan pengurusan kewangan, perakaunan dan terimaan dilaksanakan dengan cemerlang melalui pemantapan keupayaan, kecekapan, keberkesanan, ketelusan serta akauntabiliti.
Objektif:
Untuk mencapai pengurusan kewangan, perakaunan dan terimaan yang cekap dan berkesan dari segi ketepatan masa, pematuhan piawaian kualiti dan penggunaan sumber secara optimum selaras dengan peraturan-peraturan kewangan yang berkuat kuasa.
Carta Organisasi

Direktori
Emel:
Nombor Sambungan: 9128
Perkhidmatan Kami
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
Perkhidmatan yang disediakan adalah pengurusan kewangan, perakaunan serta kutipan hasil bersistem dan berinformasi seperti berikut :-
-
Pengurusan Dasar-dasar Kewangan
-
Pembayaran dan Kewangan Am
-
Pengurusan Belanjawan
-
Agihan peruntukan
-
Pemantauan Belanjawan
-
Pengurusan Hasil
-
Pengurusan Tunggakan Kutipan Hasil
-
Pengurusan Pengecualian Hasil
Waktu Operasi
Isnin - Jumaat
Kewangan : 8.00am - 5.00pm
BDM/ Hasil : 8.00am - 6.00pm
Pendaftaran Klinik Pakar : 7.30am-5.00pm
Isnin - Ahad
Kaunter Hasil Kecemasan : 24 jam
Piagam Pelanggan
-
Memastikan semakan dokumen tuntutan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh terima dokumen
-
Memastikan semua proses pembayaran diselesaikan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh dokumen lengkap dan sempurna\
-
Menyelaras dan memberi maklum balas terhadap teguran audit/ naziran Jabatan Audit Negara / Jabatan Akauntan Negara dalam tempoh yang ditetapkan;
-
Memastikan pengurusan peruntukan dan perbelanjaan bagi jabatan terkawal dan mencukupi;
-
Memastikan pembayaran emolumen dibuat mengikut tarikh / jadual hari pembayaran gaji tahunan yang ditetapkan dan maklumat Penyata Gaji Bulanan dikeluarkan pada tarikh gaji;
-
Menguruskan pendaftaran kemasukan pesakit ke wad mengikut kelayakan pegawai / orang awam;
-
Mengutip pembayaran deposit / hasil bagi bil rawatan pesakit berdasarkan Akta fi yang ditetapkan; dan
-
Mengutip tunggakan dan melaporkan tunggakan kepada pihak KKM.
Lain-lain