Pengenalan
Unit Perkembangan Profesion bertanggungjawab mengawal selia standard profesionalisme dan memastikan kesejahteraan Pakar serta Pegawai Perubatan di peringkat hospital. Unit ini berperanan utama dalam menguruskan pendaftaran profesional dan kebenaran klinikal (C&P), memantau kemajuan kerjaya melalui latihan kepakaran dan pewartaan, serta menyelaras pembangunan modal insan yang kompeten.
Bagi menjamin kelestarian perkhidmatan, unit ini melaksanakan surveilan proaktif melalui saringan awal kesihatan mental dan fizikal bagi mengenal pasti risiko keupayaan bertugas, serta menyelaras langkah bantuan termasuk pelarasan skop kerja dan urusan Lembaga Perubatan. Selain itu, unit ini membangun dan menyelenggara pangkalan data maklumat anggota secara terpusat bagi tujuan pemantauan profil klinikal, integrasi data perkhidmatan, serta rujukan strategik dalam perancangan sumber manusia hospital.
Visi, Misi & Objektif
Visi: Menjadi pusat tadbir urus klinikal dan pembangunan profesion yang unggul dalam memastikan setiap Pakar dan Pegawai Perubatan sentiasa kompeten, beretika, dan mempunyai keupayaan yang optima untuk memberikan perkhidmatan terbaik.
Misi:
-
Mengawal selia semua aspek pendaftaran profesional dan pemberian autoriti klinikal bagi memastikan amalan perubatan adalah sah di sisi undang-undang serta selamat untuk pesakit.Memperkasakan pembangunan kerjaya dan latihan kepakaran anggota melalui sistem pengurusan yang sistematik, telus, dan adil.
-
Melaksanakan surveilan kesejahteraan anggota secara proaktif melalui saringan awal tahap kesihatan fizikal dan mental bagi menjamin keupayaan bertugas yang optima.
-
Menyelaras langkah-langkah sokongan pentadbiran serta kebajikan bagi anggota yang dikenal pasti mempunyai kekangan keupayaan bertugas (fitness to practise).
-
Membangun dan menyelenggara pangkalan data maklumat anggota perubatan yang komprehensif dan tepat bagi tujuan perancangan sumber manusia serta keperluan audit kualiti hospital.
Objektif:
-
Memastikan 100% Pakar dan Pegawai Perubatan mempunyai pendaftaran MMC/NSR serta lesen amalan (APC) yang sah sebelum dibenarkan menjalankan tugas klinikal.
-
Menyelaras pemberian kebenaran klinikal (Clinical Privileging) secara berperingkat supaya setiap prosedur dilakukan mengikut tahap kemahiran yang telah diverifikasi.
-
Memantau pematuhan mata CPD dan membantu urusan pegawai yang layak untuk melanjutkan pengajian kepakaran mengikut unjuran keperluan hospital.
-
Menilai laporan kesihatan anggota secara berkala dan menyelaras urusan Lembaga Perubatan (Medical Board) bagi pegawai yang mempunyai masalah kesihatan kronik atau menjejaskan penugasan.
-
Memastikan pangkalan data maklumat pegawai sentiasa dikemaskini bagi tujuan pemantauan prestasi, perancangan strategik, dan keperluan audit organisasi.
Direktori
Emel:
Nombor Sambungan: 1117
Waktu Operasi
Isnin - Khamis
-
8:00 Pagi – 1:00 Petang
-
1.00 Ptg - 2.00 Petang (Rehat)
-
2:00 Petang – 5:00 Petang
Jumaat
-
8:00 Pagi – 12:15 Tengah Hari
-
12.15 Tengah Hari - 2.45 Petang (Rehat)
-
2:45 Petang – 5:00 Petang
Sabtu, Ahad, Cuti Umum
-
Tutup
