Jabatan Otorinolaringologi (ENT)
Pengenalan
Jabatan Otorinolaringologi telah beroperasi sepenuhnya pada 1 Julai 1997. Klinik ORL ditempatkan di hadapan Jabatan Pentadbiran. Perkhidmatan klinikal sedang berkembang baik di tambah dengan perkhidmatan pemulihan pertuturan dan pemulihan pendengaran yang bermula dari tahun 2002.
Jabatan diketuai oleh seorang pakar ORL UD52 iaitu Dr Mohamad Khir Abdullah. Jabatan kini dianggotai oleh 3 Pakar Perubatan ORL, 1 pegawai Perubatan UD52, 3 pegawai Perubatan, 2 Pegawai Audiologi, 1 Speech Therapist dan 8 staf sokongan.
Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara professional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti
1. Masa menunggu untuk dirawat oleh doktor
a. Sasaran : 90% pesakit dirawat dalam masa 90 minit
2. Maklumat akan diberikan kepada pelanggan berkenaan penyakit dan rawatan
3. Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin
4. Kemudahan dan persekitaran yang selesa dan selamat disediakan.
Perkhidmatan yang diberikan
1. Pembedahan dan rawatan telinga, hidung,tekak dan kepala leher
2. Pemulihan pendengaran
3. Hearing screening & diagnostik
4. Terapi pertuturan
5. Terapi menelan