Jabatan Farmasi

Jabatan Farmasi adalah di bawah Direktorat Perkhidmatan Sokongan Klinikal di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar. Jabatan ini diterajui oleh Ketua Pegawai Farmasi dengan kekuatan 108 orang perjawatan tetap yang ditempatkan di bawah enam (6) unit utama iaitu Farmasi Pesakit Luar, Farmasi Pesakit Dalam, Farmasi Wad, Farmasi Pengeluaran, Unit Maklumat Ubat & Sumber Farmasi dan Farmasi Logistik.

 

Jabatan ini bertujuan untuk memberikan perkhidmatan berkualiti yang merangkumi penjagaan farmaseutikal secara individu kepada pesakit dan memastikan penggunaan ubat secara rasional di dalam hospital. Selain itu juga, jabatan ini juga membantu dalam proses perolehan, penyimpanan dan pembekalan ubat-ubatan, peralatan pakai buang dan gas perubatan kepada wad-wad serta unit-unit di hospital.

MISI

  1. Memastikan sistem organisasi yang efektif & responsif ke arah kelestarian perkhidmatan berkualiti.
  2. Membina keupayaan & profesionalisme menerusi pembangunan bakat & pemerkasaan tenaga kerja.
  3. Memperhebat kerjasama ke arah mencapai piawaian & amalan terbaik.

VISI

Meningkatkan kesihatan rakyat menerusi kecemerlangan dalam amalan farmasi.

OBJEKTIF

  1. Memastikan kebolehcapaian berterusan terhadap ubat-ubatan yang berkualiti, selamat & kos efektif.
  2. Memperkukuh penggunaan ubat-ubatan secara berkualiti & rasional ke arah kesihatan yang lebih baik.
  3. Meningkatkan perkhidmatan penjagaan farmaseutikal selaras dengan piawaian & amalan terbaik.
  4. Memastikan pengurusan sumber yang efisien & cemerlang.

Piagam Pelanggan

Kami berjanji & komited untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan:
1. Memastikan ubat-ubatan yang betul dibekalkan tidak melebihi 30 minit bagi preskripsi
yang lengkap diterima.
2. Memastikan pelanggan yang berdaftar dengan sistem temujanji farmasi mendapat
bekalan ubat susulan pada tarikh yang dijanjikan

PERKHIDMATAN

FARMASI PESAKIT LUAR
Farmasi Pesakit Luar merangkumi Farmasi Klinik Pakar, Farmasi Kecemasan dan Farmasi Pandu Lalu, berfungsi untuk menyediakan penjagaan ambulatori kepada pesakit-pesakit luar.

Farmasi Pesakit Luar menawarkan perkhidmatan Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC) bertujuan untuk mengoptimumkan penjagaan farmaseutikal kepada pesakit. Antara perkhidmatan MTAC yang ditawarkan adalah:
1. MTAC Diabetes Mellitus
2. MTAC Warfarin
3. MTAC Respiratory (Paediatric)
4. MTAC Retroviral Disease
5. MTAC Nephrology
6. MTAC Thalassemia


Selain itu, Farmasi Pesakit Luar menawarkan perkhidmatan Nilai Tambah (VAS) untuk memudahkan pesakit-pesakit mendapat bekalan ubat susulan tanpa perlu menunggu, pada kos yang minimum dan untuk memastikan pembekalan ubat yang berterusan. Perkhidmatan VAS yang ditawarkan termasuk:
1. Farmasi Pandu Lalu

  • Telefon / Whatsapp & Ambil
  • Kad Temujanji
  1. Ubat Melalui Pos (UMP)
  2. Locker4U

 FARMASI PESAKIT DALAM

Farmasi Pesakit Dalam merupakan salah satu perkhidmatan asas di hospital yang merangkumi Unit Farmasi Bekalan Wad, Farmasi Satelit & Farmakokinetik Klinikal. Antara perkhidmatan utama yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Pembekalan ubat kepada pesakit di dalam wad
  • Kaunseling ubat-ubatan (secara bersemuka/maya)
  • Pendispensan ubat discaj kepada pesakit
  • Analisa ujian makmal bagi ubat tertentu untuk meningkatkan keberkesanan ubat dan meminimumkan kesan toksisiti ubat kepada pesakit.  

 

UNIT MAKLUMAT & SUMBER FARMASI
Unit Maklumat & Sumber Farmasi (UMSF) adalah unit yang menguruskan maklumat ubat-ubatan di hospital seperti:

  • Mengemaskini & menyelenggara formulari ubat-ubatan HPSF, Muar
  • Menguruskan permohonan memperolehi & menggunakan ubat yang memerlukan kelulusan khas Ketua Pengarah Kesihatan (KPK) / Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi
  • Mengumpul dan melaporkan kesan advers ubat-ubatan yang berlaku kepada
    Bahagian Regulatori Farmasi Negara
  • Menjadi sekretariat untuk Jawatankuasa Ubat & Terapeutik Peringkat hospital juga menyelaras formulari ubat-ubatan peringkat hospital.
  • Menerbitkan Buletin Pharmanews empat kali setahun kepada ahli profesional

UMSF juga bertanggungjawab dengan urusan berkenaan sumber manusia serta latihan untuk semua anggota Jabatan Farmasi.

 

FARMASI PENGELUARAN
Farmasi Pengeluaran merangkumi Unit Farmasi Pengeluaran Non steril, Unit Farmasi Rekonstitusi Ubat Sitotoksik dan Unit Farmasi Nutrisi Parenteral. Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah:

  • Penyediaan ubat-ubatan internal & eksternal yang tiada dalam pasaran
  • Pra-pembungkusan semula tablet/kapsul, krim, losyen bagi memudahkan
    pendispensan
  • Menyediakan ubat sitotoksik kepada pelbagai jabatan untuk kegunaan pesakit di wad atau di pusat rawatan harian.
  • Menyediakan sediaan nutisi parenteral, admikstur intravena, dan sediaan steril lain seperti ubat titis mata
  • Terlibat dalam Nutrition Support Team (NST) untuk memastikan semua pesakit diberikan produk, penjagaan farmaseutikal dan perkidmatan yang berkualiti

 

FARMASI WAD
Pegawai Farmasi Wad bekerjasama dengan pasukan perubatan, kejururawatan dan ahli penjagaan kesihatan yang lain untuk memastikan ubat-ubatan yang diberikan di wad dioptimumkan. Tanggungjawab Pegawai Farmasi Wad termasuk:

  • Pengambilan sejarah pengubatan pesakit termasuk rekonsiliasi ubat-ubatan
  • Pemantauan ubat-ubatan pesakit di wad & intervensi
  • Rondaan wad
  • Kaunseling ubat
  • Pendispensan ubat discaj
  • Pendidikan

 

FARMASI LOGISTIK
Farmasi Logistik bertanggungjawab dalam perolehan dan pembekalan ubat, peralatan pakai buang, vaksin dan gas perubatan untuk kegunaan unit-unit di hospital. Skop kerja Farmasi Logistik merangkumi:

  • Perolehan, Penerimaan & Pembayaran
  • Penyimpanan & Pembekalan Stok
  • Penjagaan Stok (Pemeriksaan stok, Aduan produk & panggil balik produk)
Scroll to Top