Unit Fisioterapi
Perkhidmatan Fisioterapi di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar telah bermula sejak tahun 1978. Unit ini pada mulanya terletak di bangunan utama Poliklinik dan telah berpindah ke bangunan lama LPPKN pada Mei 1999 yang terletak di pintu masuk Utama Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar sehingga kini.
Unit Fisioterapi adalah di bawah Direktorat Perkhidmatan Sokongan Klinikal di HPSF, Muar. Fungsi utama Perkhidmatan Fisioterapi di HPSF, Muar adalah memberikan khidmat klinikal dengan menggunakan kaedah curative, rehabilitative, promotive and preventive untuk membantu semua pesakit dalam atau luar yang di rujuk oleh Pegawai Perubatan. Pegawai Pemulihan Perubatan (Fisioterapi) dan Jurupulih Perubatan (Fisioterapi) berperanan sebagai pemberi khidmat utama perkhidmatan ini. Untuk penjagaan pesakit secara curative dan rehabilitative, prosedur yang digunapakai terdiri dari proses menilai serta menganalisa pergerakan, struktur dan fungsi anggota badan, mengenal pasti ketidakupayaan, membuat perancangan, melakukan perawatan dan menilai semula keadaan pesakit. Manakala bagi aspek promosi kesihatan dan preventive, kaedah pendidikan kesihatan digunakan.
Untuk mencapai matlamatnya, Perkhidmatan Fisioterapi bekerjasama dengan pelbagai unit dan jabatan lain sebagai satu pasukan.
- Komited menyediakan Perkhidmatan Fisioterapi yang berkualiti, cekap dan berkesan.
- Prihatin kepada semua pelanggan dengan mengamalkan budaya kerja, yang profesional, mesra, dan semangat kerja berpasukan.
- Menyampaikan Perkhidmatan Fisioterapi yang cemerlang, dan menepati keperluan segenap lapisan masyarakat ke arah meningkatkan kualiti hidup
- Menyediakan fasiliti, peralatan, tenaga kerja dan sistem bekerja yang sesuai dan mencukupi.
- Memberikan perkhidmatan fisioterapi yang komprehensif dan cekap dengan melahirkan anggota fisioterapi yang profesional, berpengetahuan terkini dan berkemahiran.
- Menggalakkan pembabitan pesakit, keluarga dan waris dalam proses rawatannya melalui pendidikan kesihatan.
Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara professional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti.
- Masa menunggu untuk rawatan (rujukan baru pesakit dalam)
Sasaran : 100% dalam tempoh 24 jam
- Tempoh masa temujanji (rujukan baru pesakit luar)
Sasaran : ≥80% dalam masa 10 hari
- Maklumat akan diberikan kepada pelanggan berkenaan penyakit dan rawatan.
- Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin.
- Kemudahan dan persekitaran yang selesa dan selamat disediakan.
Sekiranya tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan, sila hubungi :
Ketua Unit Fisioterapi
06 – 9564000 samb. 130
Unit Fisioterapi, HPSF menawarkan perkhidmatan berikut:
- Perkhidmatan fisioterapi untuk pesakit luar yang dirujuk oleh Pegawai Perubatan
- Perkhidmatan fisioterapi untuk pesakit dalam yang dirujuk oleh Pegawai Perubatan
- Perkhidmatan fisioterapi pesakit dalam pada Hari Jumaat dan cuti umum bagi pesakit di ICU, NICU, HDU, CCU dan Wad 17 dirujuk oleh Pegawai Perubatan