Jabatan Obstetrik Dan Ginekologi
Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar merupakan sebuah jabatan yang komited dalam memberikan perkhidmatan bertaraf pakar kepada wanita dan ibu hamil.
Khidmat kepakaran disediakan bagi merawat pesakit dari daerah Muar, Tangkak, Batu Pahat, Segamat, Kluang, Selatan Pahang dan sempadan Muar-Melaka.
Jabatan ini juga diiktiraf sebagai pusat latihan kepada pelajar-pelajar dari Manipal University College Malaysia (MUCM) dan Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS).
Jabatan ini mempunyai 3 wad di Blok Cengal iaitu Wad 13 (Aras 2) dan Wad 14(Aras 3) yang menempatkan pesakit antenatal dan postnatal manakala Wad 12 (Aras 1) pula menempatkan pesakit ginekologi.
Dewan Bersalin dan Bilik Saringan (PAC) terletak di aras 1 bangunan diagnostik yang mempunyai 9 katil bersalin dan 3 katil di bilik saringan. 3 lagi katil pula dikhaskan untuk kes-kes berisiko tinggi di High Dependency Unit (HDU).
Klinik Obstetrik dan Ginekologi pula terletak di Kompleks Klinik Pakar, Aras 1 Kaunter 19. Perkhidmatan pesakit luar di Klinik Pakar O&G beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat untuk kes–kes rujukan dan susulan Antenatal, Postnatal, Ginekologi, Combined Clinic, Pre-Pregnancy Clinic dan lawatan subkepakaran seperti Maternal-Fetal Medicine Clinic, Gynae-Onco Clinic, Uro-Gynae Clinic.
Semenjak tahun 1997, Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar telah diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi dan juga menawarkan perkhidmatan Teman Kamar Bersalin. Ini sejajar dengan polisi kebangsaan untuk memberikan perkhidmatan yang unggul kepada wanita dan ibu hamil secara khususnya.
Misi
Kami akan memainkan peranan utama dalam usaha memberikan perkhidmatan yang berkualiti, selamat dan efektif. Ini akan dilakukan dengan cara-cara berikut.
- Mengekalkan status hospital rakan bayi.
- Memastikan setiap pesakit mendapat rawatan dibawah pemantauan pakar.
- Memastikan rawatan pesakit yang mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan.
- Memastikan pesakit atau waris diberikan makluman dan terlibat dalam membuat keputusan.
- Mengekalkan pemantauan kualiti sejajar dengan keperluan Kementerian Kesihatan.
Visi
Visi kami adalah untuk mewujudkan perkhidmatan kepakaran Obstetrik dan Ginekologi serta perawatan secara optima yang merangkumi perkhidmatan penyayang,kerja berpasukan secara profesional untuk kepuasan pelanggan.
Objektif
- Meningkatkan perkhidmatan ke tahap penjagaan perawatan pesakit yang optima dengan menggunakan kaedah atau teknik yang efektif dan rasional.
- Mengurangkan morbiditi dan mortaliti pesakit.
- Memberi khidmat nasihat dan kaunseling kepada klien di Jabatan Obstetrik dan Ginekologi.
- Menggalakkan staf di jabatan menjalankan penyelidikan dan pembelajaran berterusan.
Piagam pelanggan
DEWAN BERSALIN
Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara profesional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti.
- Masa menunggu untuk dirawat oleh doktor.
- Sasaran : 90 % pesakit dirawat dalam dalam masa 90 minit.
- Maklumat akan diberikan kepada pelanggan berkenaan penyakit dan rawatan.
- Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin.
- Kemudahan dan persekitaran yang selesa dan selamat disediakan.
WAD 12
Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara profesional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti.
- Masa menunggu untuk dirawat oleh doktor.
- Sasaran : 90 % pesakit dirawat dalam dalam masa 60 minit.

WAD 13

WAD 14

Perkhidmatan
Antara perkhidmatan yang terdapat di jabatan ini adalah seperti berikut :
- Rawatan Pesakit Luar
- Klinik Antenatal pada setiap Isnin dan Rabu
- Klinik Postnatal pada setiap petang Isnin
- Klinik Ginekologi pada setiap Selasa dan Khamis
- Klinik Pre-Pregnancy pada Jumaat minggu kedua dan keempat.
- “Combined Clinic” pada Jumaat minggu pertama dan ketiga.
- Lawatan sub-kepakaran Maternal-Fetal Medicine, Gynae-oncology, Oncology dan Uro-gynaecology.
- Pembedahan
- Elektif pada setiap hari Selasa dan Khamis
- Emergency mengikut keperluan.
- Lawatan Pakar Ke Hospital Tangkak yang dijadualkan sekali setiap bulan.
- Rawatan pesakit dalam.