Jabatan Oftalmologi
Informasi
Jabatan Oftalmologi yang diketuai oleh seorang PakarPerunding Oftalmologi, jabatan ini merupakan pusat rujukan yang berkaitan dengan masalah sistem penglihatan sekitar daerah Muar, Tangkak, Segamat dan Batu Pahat.
Selain dari memberi rawatan pesakit luar dan menjalankan prosedur klinikal dan pembedahan kecil di klinik, jabatan ini juga menjalankan pembedahan major. Pesakit-pesakit yang perlu menjalankan pembedahan di tempatkan di wad-wad seperti wad 5 untuk pesakit lelaki dan wad 12 untuk pesakit perempuan.
Pakar Oftalmologi mempunyai jadual lawatan ke Hospital Segamat secara amnya pada hari Rabu minggu terakhir setiap bulan
Misi
- Mengamalkan budaya kerja yang menekankan komunikasi berkesan, perkhidmatan secara professional yang mesra dan semangat kerja berpasukan
- Memelihara kebajikan anggota dan mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan selesa
- Menyediakan peluang latihan dan kemahiran dalam bidang kerjaya bagi menjadikan Jabatan Oftamologi sebagai organisasipembelajaran yang berterusan
Visi
Mewujudkan Perkhidmatan Kepakaran Oftalmologi dan perawatan secara optima dengan menekankan budaya profesionalisma, kerja berpasukan, penyayang dan mesra bagi kepuasan pelanggan.
Objektif
Untuk meningkatkan perkhidmatan Oftalmologi yang berkesan dan cekap supaya kes-kes kecacatan penglihatan yang boleh dielakkan dapat dikurangkan.
Untuk memperbaiki keadaan pesakit-pesakit yang kekurangan daya penglihatan atau menghadapi masalah mata yang lain.
Piagam Pelanggan
Klinik Oftalmologi
Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara professional, selamat, mesra, penyayang & berkualiti.
1. Masa menunggu untuk dirawat oleh doktor
a. Sasaran : 90% pesakit dirawat dalam masa 30 minit
2. Maklumat akan diberikan kepada pelanggan berkenaan penyakit dan rawatan
3. Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin.
4. Kemudahan dan persekitaran yang selesa dan selamat disediakan
Perkhidmatan
- Klinik / Wad
- Sudut bacaan / pendidikan untuk pesakit dan kakitangan.
- Dewan Bedah
1. Pembedahan Harian ( Day Care)
2. Pembedahan Major.
- Community Eye : Mengadakan Community Eye Service sekurang-kurang 3 kali setahun.
- Khidmat nasihat berkaitan Oftalmologi.
- Pembedahan Kecil.
- Pembedahan Elektif.
- Rawatan Pesakit Luar.
- Rawatan Pesakit dalam.
- Rawatan Optometris.
- Pembedahan Major.
- Perkhidmatan rawatan Argon Laser.
- Perkhidmatan Ultrasound BScan.
- Rawatan dan Pembedahan Kecemasan.
- Untuk maklumat lanjut berkenaan jadual klinik pakar, klik di sini