Jabatan Perubatan

Pengenalan

Jabatan ini telah sedia ada bermula sejak penubuhan Hospital Muar dengan terbinanya bangunan poliklinik yang menempatkan pelbagai klinik pakar. Klinik pakar perubatan semakin berkembang
dengan penambahan jumlah pesakit,  pakar perubatan,  pegawai perubatan dan kakitangan lain. Unit lain dibawah Jabatan Perubatan adalah Unit Hemodialisis dan Klinik Dada. Unit ini dinomborkan dengan Kaunter no.11.

 

Unit Hemodialisis


Mula beroperasi pada 23/12/1994. Ia bernaung di bawah pengurusan Jabatan Perubatan dan diketuai Pakar Perunding Perubatan dan Pakar Perunding Nefrologi. Perkhidmatan yang
dijalankan adalah:-

  • Rawatan hemodialisis regular dan akut.
  • Rawatan susulan CAPD dan pemindahan buah pinggang.
  • Kes-kes yang dirujuk dari klinik,  wad dan hospital-hospital lain.

 

Klinik Dada

Klinik dada diwujudkan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar pada awal tahun 1969. Klinik dada pada masa itu terletak di Unit Haemodialisis sekarang. Pada tahun 1999 klinik ini telah berpindah ke
Bangunan Semarak, dahulunya Makmal Klinikal dan ia terletak bersebelahan dengan Jabatan Farmasi Luar, Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar.

Kini, klinik dada ditempatkan di bangunan yang sama dengan Perpustakaan HPSF.

 

Pada masa ini semua pesakit Tibi yang dimasukan ke wad masih ditempatkan bersama-sama pesakit lain di wad berkaitan, tetapi kebiasanya diletakan di kubikal belakang atau “isolation cubical”.

Klinik ini memberi perkhidmatan kepada pesakit baru, susulan dan rujukan dari Klinik-Klinik Kesihatan Daerah Muar dan Tangkak serta hospital.

Selain kes-kes Tibi klinik dada telah berkembang dengan mengendalikan Klinik Berhenti Merokok pada tahun 2000. Program Pendidikan Asthma ( Jun 2005 ) dan „Lung Function Test‟ ( Oktober 2005)

Misi

Kami sentiasa berusaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran diri serta menekankan kualiti perkhidmatan dan rawatan berdasarkan budaya nilai-nilai korporat iaitu penyayang, kerjaberpasukan dan profesionalisma.

Kami sentiasa bekerjasama dengan pelangan dan ahli keluarga dalam mempromosikan kesihatan dari aspek pencegahan,kuarratif dan rehabilitasi.

Kami berusaha memberi perkhidmatan kesihatan yang berkualiti supaya pelanggan berpuas hati .

Visi

Mewujudkan perkhidmatan kepakaran perubatan dan perawatan secara optima yang merangkumi perkhidmatan penyayang, bekerja berpasukan secara professional untuk kepuasan pelangan.

Objektif
 

 

Untuk memberi rawatan kepada pesakit yang mempunyai masalah komplek yang tidak boleh di rawat di JabatanPesakit Luar dan Poliklinik.

Untuk menstabilkan keadaan  pesakit melalui rawatan yang rapi supaya mengurangkan kesakitan dan kesusahan di sebabkan penyakit yang di tanggung dengan segera.

Mengurangkan kemungkinan kematian yang di jangka.

Mengurangkan komplikasi hasil dari penyakit yang dirawat

Perkhidmatan

 

Klinik Pakar Perubatan

Skop perkhidmatan:

– Diagnosis dan rawatan penyakit perubatan

– Ujian stress

– Ujian echocardiogram

– Pendidikan kesihatan bagi kes diabetes, darah tinggi dan asthma

– Kaunseling

 

Klinik Dada

Skop perkhidmatan

1. Rawatan pesakit TB

2. Perkhidmatan kaunseling, nasihat dan pendidikan kesihatan

3. Pengesanan penyakit TB dari golongan keluarga pesakit dan pesakit lali serta ingkar rawatan.

4. Suntikan mantoux

5. Klinik kaunseling Berhenti Merokok

 

Unit Satelit Hemodialisis

Skop perkhidmatan:

1. Rawatan hemodialisis

2. Membekalkan peralatan bagi dialisis di rumah dan CAPD

3. Menyelaras pesakit untuk pemindahan buah pinggang (sebelum dan selepas)

4. Dialisis akut di ICU5.

5. Klinik Pakar Nefrologi

 

Wad Perubatan (2,7,8,9,10,11,18)

Skop perkhidmatan

1. Rawatan perubatan pesakit dalam

2. Rawatan harian untuk kes Thalassemia

3. Rawatan antikoagulan untuk pesakit luar (dengan temujanji)

4. Rawatan pemulihan untuk kes COAD, Cardiac, Stroke dan Asthma.

 

Untuk maklumat lanjut berkenaan jadual klinik pakar, klik di sini

Perkhidmatan

 Jabatan Anestesiologi di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar menyediakan perkhidmatan berikut:

 Pembiusan

              a) Memberi Pembiusan kepada pesakit dari kebanyakan disiplin di hospital ini yang memerlukan pembedahan samada secara pilihan ataupun kecemasan.
             b) Menyediakan perkhidmatan 24 jam bagi kes-kes kecemasan.
             c) Membuat kajian dan penilaian teliti  terhadap pesakit sebelum menjalankan pembedahan.

  • Unit Rawatan Rapi

              Unit ini menyediakan perkhidmatan rawatan rapi untuk pesakit-pesakit  kritikal yang memerlukan pemerhatian rapi secara berterusan.  Unit ini dilengkapkan dengan kepakaran dan anggota yang terlatih serta peralatan yang terkini. Beroperasi dengan 6 katil pada masa kini. Oleh kerana bilangan katil yang terhad, kemasukan pesakit ke unit ini dibuat berdasarkan keutamaan.

  • Acute Pain Service

             Perkhidmatan ini memberi rawatan kepada pesakit-pesakit yang mengalami kesakitan selepas pembedahan ataupun  kecederaan. Kesakitan dapat dirawat secara lebih berkesan dengan menggunakan teknik-teknik seperti Patient Controlled Analgesia(PCA), Epidural Analgesia, Intrathecal Analgesia, Nerve plexus block, Parenteral Analgesia.

 

Untuk maklumat lanjut, klik disini

Scroll to Top